Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 21, 2010

Lidah lagi kan tergigit...


Dah berapa hari tak menulis.
Otak jem.
Hati pecah.
Baru baru ni saya frust sangat dengan seseorang.
Hari ni saya sudah pulih..beransur pulih.
Heran kan, bagaimana orang lain boleh mempengaruhi fikiran dan perasaan kita.
Tapi saya memang macam tu.
Mudah percayakan orang lain kerana saya andaikan orang lain serupa saya.
Rupanya tidak.
Tak apalah, dah saya kata tadi, saya bukan tak pernah lalui hari hari macam ni.
Dah biasa sangat.
Cuma saya harap kali ini Tuhan berikan saya lebih kekuatan untuk menerima dugaan ini dengan redha.
Adalah tu hikmah di sebalik apa yang terjadi ini.
Saya doakan agar saya dan dia masih boleh menjadi kawan dan tidak ada dendam di antara kami berdua.
Dan sekiranuya dia terbaca luahan ini, saya cuma nak katakan pada dia..
Yer, saya berkecil hati..Yer saya terasa tidak dihargai.
Tidak, saya tak marah...Tidak, saya tak kesal
Saya tahu apa yang terjadi datangnya dari kekurangan saya sendiri.
Terluka dalam persahabatan tu perkara biasa.
Saya masih disini jika dia memerlukan seorang sahabat.
Tidak berubah sikit pun.
Menerima dia seadanya.
Kita manusia tak lari dari membuat kesilapan,
Kerana kita tak sempurna.
Dan sungguh,
Saya tak apa apa..

6 comments:

~Ikut Rentak Jari~ said...

supaya sesuatu pekara tidak terlalu mempengaruhi emosi dan pemikiran kita ... pekara yang terbaik adalah berfikiran positif dgn apa yang berlaku ... itu yg saya lakukan jika hati terluka atau sakit dengan perlakuan org di sekeliling kita ... selamat kembali bertugas.

Anonymous said...

apa-apaanlah. susah makcu nak paham. nampak biasa2 aje, rupa2nya ada selut di tapak kaki.

Granny Hani said...

hehehe..MakCu tak akan perasan sbb tidak berkenaan dgn yg di skppg...

Granny Hani said...

_thanks CiguLinn

adekmanja said...

siapa laa agaknya yang mengecilkan hati anda yer!

Granny Hani said...

for sure that 'siapa' is not you adek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...