Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 22, 2010

Tak bertempat nak mengadu.

Dua tiga malam ni saya kurang tidor.
Banyak benda bermain di kepala.
Pejam saja mata berduyun duyun lah persoalan datang bertamu.
Puas mengiring kekiri ke kanan, meniarap atau terlentang,
Mata begitu degil dan minda aktif mengulang tayang.
Kadang tu saya bangun, baca sebaris dua Al Quran,
Solat sunat dan sebagainya.
Tapi kesunyian malam ini membingitkan telinga.
Malam begini jiwa rasa kosong.
Jawapan yang saya cari masih tidak saya temui.
Hari ini sah bukan hari saya.
Esuk InsyaAllah Tuhan mungkin
lebih lapangkan dada saya.

3 comments:

Bunga Tiong said...

salam...hani...bila sal baca artikel diatas bunyinya macam sedih..frust...fikiran terganggu...banyak2 bersabar ye hani.ALLAH senantiasa berserta dengan orang-orang yang bersabar.doa sal semuga hani selalu didalam keadaan yang sihat dan ceria2 selalu.amin

Anonymous said...

Payung kat umoh tu... besar2 dan lebar2 belaka. Pilih satu untuk tmpt berteduh.kalu nak buat aduan, makcu syorkan cuba pegi balai polis ke, balai bomba ke.... atau hospital. ha ha ha

Granny Hani said...

Hidup ini cmtu la bungaTiong..mcm roda.Cuma kita kena sentiasa letak dalam hati yang setiap kali selepas hujan akan timbul pelangi yg cantik, insyalah.

MakCu,
Kita sama runsing jah dgn MakCu..buat2 tok tau pulak...pasal tu lahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...