Mak mertua saya nak ke mekah buat umrah.
Nanti kosong lah rumah dia tu.
Akhir akhir ini kat depan rumah mak mertua saya tu di jadikan port oleh beberapa orang penagih dadah.
Siang malam mereka berkumpul di sebelah bangunan tu.
Malah mereka tidor pun kat situ, beralaskan simen di lorong sempit tu.
Rumah mak mertua saya hanya lebih kurang 100 meter saja dari 'kubang' dadah tu.
Sebenarnya Mat Dadah tu anak jiran yang dah tak nak jadi orang lagi.
Sanggup hidup macam tu, kerja tidak, solat pun tidak,
tak ubah macam kucing jalanan.
Mak bapak pun dah tak tau nak buat macam mana.
Mereka biarkan saja dia jadi sampah begitu.
Masaalah nya.
Mereka ni ganas, samseng..menakutkan.
Pantang ada peluang, segala benda di curi.
Setakat jolok buah dlm pagar orang tu tak per lagi,
Ni pecah rumah dan rosakkan harta benda orang.
Risau pulak saya ni, mak mertua saya laaaagi risau.
bukan sekejap dia nak tinggalkan rumah dia tu.
Beraya sakan lah Mamat Dadah tu nanti.
Nak buat macam mana yer, nak di halau bebudak tu, makin ganas pulak mereka nanti.
Mau nya di rosakkan harta benda kalau kita kacau dia orang.
Dulu2 budak2 dadah ni hisap dadah pun sembunyi sembunyi, takutkan kita.
La ni, kita yang takutkan dia orang.
Apa nak jadi laaaa.............
3 comments:
Tawakal je lah nampaknya..
repot jer kat polis cikgu ...
memang sekarang zaman munkar dah tak sembunyi tapi berani, nyata dan berleluasa. kita perlu lebih lebih lagi kuatkan defense system kita terutama anak anak kita pada masa keadaan dunia kini yang sangat mencabar.
Post a Comment