Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, May 17, 2018

Ja, ni Ramadhan ke6 Ja begitu, mummy begini.

1st day of Ramadhan.
Alhamdullilah.
Mlm tadi 1st terawikh bagi tahun ni.
Seperti biasa saya hanya solat sunat terawikh di rumah.
Dah 5 tahun solat di rumah sahaja.
Buat setakat daya.
Kalau ikutkan hati memang la merindui suasana berterawikh ramai2 di masjid
Rindu bersiap siap lepas berbuka untuk ke masjid.
Lepas solat keluar makan makan
Tapi apa daya saya..
Saya akur dengan perancangan Tuhan.
Ini adalah yg terbaik.
Sekarang bulan puasa bagi saya dah jauh berubah dari dulu.
Berbuka puasa sudah biasa2
Sudah tidak mengikut nafsu mata
Masak simple2 macam hari2 biasa saja
Alhamdullilah selera kami anak beranak masih baik.
Tak ada masaalah tak lalu nak makan.
Tidak sampai nak makan itu ini, craving itu ini
Pasar Ramadhan pun jarang saya kunjungi.
Tidak lagi membazir macam dulu.
Yes, tu saya akui. Tidak membazir.
Saya tidak merasakan kehidupan saya payah.
Walau tidak semeriah org lain menyambut Ramadhan,
saya amat bersyukur..amat2 bersyukur.
Ramadhan saya lebih bermakna sekarang.
Lebih sederhana.
Saya tidak lagi kalut utk persediaan itu ini.
Sekejap lagi insyaAllah selepas solat dhuha saya akan bertadarus.
Niat di hati nak khatam lebih dari sekali Ramadhan ni.
Semoga Tuhan permudahkan.
Jom, kita berwudhu' dan bentang sejadah.
Jom.

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Ramadhan Kareem buat puan sekeluarga. Samalah sy, bg sy bln puasa atau tidak, juadah di meja seadanya.

Kak Rose said...

Selamat menyambut bulan Ramadan buat ticer Hani dan keluarga.. dari tajuk tu, memang saya mengikuti kisah Ja dari seawalnya... tak sangka dah Ramadhan ke 6 anakanda begitu... semuga dipermudahkan semuanya buat Ja dan mummynya. Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...