Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, August 21, 2018

Awalnya khutbah hari ni

Dah kul 5.30 pagi
Nasib baik sempat lagi sahur.
Anak negeri tidor lambat
Bila kejut nak sahur,
berat nak bangun.
Kena paksa.
Bangun bangun bangun.
Masuk bilik mereka
Sambil kejut utk sahur,
sambil kutip pakaian kotor
sambil susun bedak atas kabinet
sambil betulkan telekung di rak
sambil pungut buku2 yg bersepah
sambil mulut berceramah tajuk
'Anak dara zaman sekarang'
Tajuk ulang tayang.
Maka penghuni bilik lari ke dapur
Terpaksa bangun utk elak telinga bernanah
Haaa....berjaya.
Tektik kejut utk sahur kena macam tu.
Kalau setakat kejut2 manja,
memang mereka pekakkan telinga.
Bagi ceramah tajuk sensasi sikit
Baru matlamat tercapai.
Ok, cepat sikit makan tu
Dah nak subuh
Lepas makan kemas meja
Pot pet pot pet....
Ceramah, khutbah bersambung di ruang dapur pulak.
"Ya lah, ya lah mummyyyy....."
Hmmm...kan kalu mudah bangun bila mummy kejut tadi,
tak la kena dengar ceramah.....
Mummy ni kalau dah start berceramah, berkhutbah,
payah nak stop....
Padan muka uols.
Anyway..
Selamat berpuasa semua
Semoga doa kita di angkat
Semoga kita turut tempias dengan keberkatan hari wukuf
Aminnnnn

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...