Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 30, 2018

Pasar Tani


Dah lama tak berkunjung ke sana.
Rindu pulak.
Selama ni setiap khamis, kul 9 pagi terpacak la Makcik ni kat pasar tani.
Tanpa senarai barang perlu beli pun tak apa,
Pulang nanti penuh jugak bonet..
Never fail to do that.
Seronok..
Jalan perlahan lahan, scan barang jualan.
Belek belek...jenguk jenguk..
Tanya itu ini sekadar nak beramah mesra dgn Si penjual saja.
Sempat share jokes, sempat gelak tawa.
Best gi pasar tani atas 3 sebab.
1. Pakai apa pun x apa, no one is going to judge you.
2. Dapat good bargain. Kalau dpt harga murah dari pasaran tu,
 rasa berjaya..tak sabar nak canang kat kekawan.
3. Stress free. Boleh tgok ragam manusia biasa2, yg sekapal dgn saya.

Itu pasal la saya rindukan aktiviti mingguan saya ni.
Takper, nanti bila saya dah dpt green light untuk ke sana lagi,
 saya akan pergi lah
Cuma kali ni saya tak akan beli roti bijan inti kacang .
Takkan beli nangka dlm polistrin tu
Takkan beli ' tepung boko' lagi
Takkan beli air cendol kurang manis.
Orang yg selalu pesan nak semua ni dah tak perlukan semua ni..
Jap jap , mata masuk habuk...
Tak nak lah gi pasar tani , dah tak seronok!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...