Salam Aidil Adha.
Tak tau nak cakap apa.
Tak beraya.
Saya masih dalam edah.
Anak2 tak ada mood nak raya.
Pertama kali Aidil Adha tanpa ketua keluarga.
Kami hanya masak untuk makan anak negeri.
Tak ada rumah terbuka.
Ibadat korban pun kami tak laksanakan tahun ni.
Pertama kali tak sibuk urus daging korban.
Tadi anak2 ke masjid solat sunat aidil adha,
Lepas tu ziarah pusara papa mereka.
Sempat tangkap gambar pusara buat saya.
(Saya belum ke pusara kerana masih dlm edah)
Tak apa, kami ok jer.
Yang dah pergi tu kami kirimkan doa.
Kami yg ditinggalkan harus meneruskan hidup.
Semoga Tuhan angkat doa2 kami
Rahmati kami, lindungi kami..
Dan permudahkan langkah kami..
Dia meninggalkan kami tapi Allah ada.
Allah tempat kami bergantung harap.
Allah hu akhbar.
1 comment:
Selamat Hari Raya Aidiladha..
Salam takziah juga diucapkan..
Jaga diri..
Post a Comment