Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, August 18, 2018

Terkenang semasa dulu....

Aku senyum sorang sorang
Rupanya niat kita serupa
Cuma berselisih waktu
Aku mengintai bayang mu di sini tadi
Sebagaimana
Kau singgah berkali kali
mengintai jejak ku yg bersisa
Bahasa yg tertinggal walau sudah basi
Berulang kali di baca
Berbekas di hati
Ayat2 menipu diri sendiri dari ku
Dan juga dari mu
Kita cuba penjarakan kebenaran dan 
pamerkan kepalsuan.
Degup jantung tidak pandai menipu
Sekali sekala rentak lama bermain dlm dada.
Tanpa sengaja, tanpa rencana
Di hujung senja ini kita cuba untuk berahsia
Cuba pamerkan gagah kuat 
Hiasi wajah dgn tawa bahagia
Kita pilih bina jarak kerana
haluan kita tidak serupa.
Keperluan kita berbeza.
Rindu telah lama dirantai.
Jangan sampai bebas terlepas.
Biarkan saja ia tertambat begitu.
Tadi ku singgah lagi, intai lagi..
Bilalah kau akan singgah, atau
Sudah singgah rupanya...
Berselisih lagi...
Hati menanti dan menunggu
siapa yg akan memecah bisu.
Lawak lah kita ni.
Kau tersenyum di sana dan aku
ketawa sorang sorang di sini.
Sungguh menghiburkan.
Kita bukan apa apa,
Permainan mengisi masa luang sementara 
Menyempurnakan tugasan harian.
Mengusir bosan.
Hanya kita yang tahu jenaka ini
Hanya kita yang mampu ketawa
Biarlah apa pun tafsiran nya
Yang pasti hanya kita yang tau segalanya.

(Cerita kita diwaktu Msia masih dipanggil Tanah Melayu.
Lama kannn?
Pelakon pun dah boleh letak di rak muzium.
Tapi setiap kali teringat, setiap kali tu lah gelak.
Rahsia ku, rahsia mu.....)



2 comments:

Baby Breath said...

saya suka cara awak meulis. ada abakat ni. teruskan kekalkan gaya penulisan ni. oh ya, nak bagitahu ni saya letak blog ni dalam bloglist di sidebar saya ye ? suka dengan blog ni

Granny Hani said...

Aisyah elsa, thank you dik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...