Saya duk sorang sorang
Kawan2 geng masjid belum sampai
Awal lagi pun
Saja datang awal
Solat dhuha di masjid sambil tunggu aktiviti bermula
Duk sorang sorang di sudut kegemaran
Memerhatikan orang
Gelagat orang
Ramai yang sebaya saya
Ramai juga yg lebih tua
Yang muda2 mungkin masa tidak mengizinkan mereka hadir di sini
Saya masa muda dulu pun macam tu
Sibuk memanjang dgn kerja dunia
Kalau free pun tak terfikir nak ke masjid
Jahil
La ni pun masih jahil cuma syukur lebih insaf dari dulu.
Syukur alhamdullilah
Kawan2 saya memberi pengaruh yg baik
Itu pentingnya kita pastikan dengan siapa kita berkawan
Kawan yg baik menarik kita ke arah yg betul.
Terima kasih Tuhan kerana hadirkan mereka dalam kehidupan saya.
Bila selalu ke sini saya juga dapat kawan baru
Boleh kongsi masa dan ruang dgn kawan2 baru seronok juga.
Terbawak bawak hingga ke luar masjid
Kamceng.
Beginilah hari hari seorang yg dah tua macam saya
Aktiviti yang sinonim dgn usia
Bahagia begini
No comments:
Post a Comment