Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 19, 2019

Kepalsuan

Sebelum merapu panjang lebar, ni nak beritau ni..
Foto yg saya kongsi ni foto yg dah saya edit.
Tu pasal la nampak lain benar dari wajah semulajadi.
Nampak jauh lebih muda..hehehehe
Kan?

Sebenarnya saya x pandai sangat benda2 baru ni
Edit mengedit
Tapi gemar mencuba
Nak edit muka orang lain kang kena saman
Takperlah, edit muka sendiri
Rupa rupa nya
Zaman sekarang segalanya palsu
Segalanya boleh di palsukan
Dalam media sosial boleh lah
Tapi bila di alam nyata, kebenaran terserlah
Yang berparut nyata parut nya
Yang kulit gelap tetap gelap
Yang tua kedut merata rata
Yang mata juling, juling lah sejuling julingnya.
Biarlah
Huduh pun huduh lah
Saya memilih untuk kekal begitu
Kebenaran itu pahit tapi lebih baik dari menipu..
Tua pun tua lah
Saya redha

Jadinya...sekarang ni kalau tengok foto sahaja jangan percaya
Jangan cepat nak nilai
Wajah terakam di edit, di ubah dan dijadikan sempurna.
Singa pun boleh bertukar jadi kucing yg manja.
Topeng semua tu....
Nak tgok yg asli?
Jap saya belanja foto tuan tanah yg asli, yg serba kekurangan.
Cakap la nak cakap apa, takper, saya terima kekurangan saya.
Tak menjadi kudis pun.
Ni dia.....
Hahaha.....
Jangan marahhhh....
Nanti kena jual!

2 comments:

DonnaSha said...

Gambar bawah lebih nampak keikhlasannya hihi.. :)

Awet muda Tcer Hani ni rupanya .. :))

Warisan Petani said...

Kadang2 kepalsuan itu perlu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...