Nah kami,
Lena kah tido nya malam tadi?
Tenang kah dia?
Atau resah menyelimuti dia...
Hujan pagi ni Nah,
Tapi sejuk nya hanya sedikit.
Suram pagi ni menjadikan hati
teringat kan kamu..
Esuk sepatutnya kita bertukar senyum di masjid itu
Sepatutnya kita duduk berlaga lutut
Gelak2 dan jeling2
Sekali sekala lucu mu buat kami ketawa.
Nah,
Siapa yg akan bancuh air teh buat kami nanti
Siapa yg akan paksa kami makan juadan yg kamu hidang?
Cepatlah sembuh, kami doakan kesejahteraan mu.
Cepatlah bersama kami sekali lagi..
Tuhan ku...
Kawan kami ini tidak sihat hari ini..
Permudahkan lah penyembuhan dia..
Kembalikan kecerian dia..
Dan
Lapangkanlah dada kami untuk menerima perancangan Mu,
Kerana Kau lah sebaik baik perancang.
Aminn.
Sahabat baik saya dimasukkan ke hospital kelmarin.
Stroke. Tekanan darah tak terkawal.
Saya dan kawan2 rindu kehadiran dia.
Nah, kami semua sayang kamu.
No comments:
Post a Comment