Buat seorang sahabat yg dulu nya sangat rapat di hati, tetapi amat mengejutkan bila berjumpa semula dan dia seperti seorang yg tak pernah ku kenal. Mungkin kerana dia orang hebat dan aku hanya orang biasa2 saja maka segalanya berubah..Tidak apalah, saya tidak berkecil hati, bukan salah dia, salah masa yg merubah segalanya..
MASA BUKAN HANYA MERUBAH
WAJAH,
MERUBAH USIA,
MASA TURUT MERUBAH
HATI
MERUBAH SEGALANYA.
AKU MASIH KENAL
WAJAH MU
SENYUM MU
SUARA MU
AKU MASIH INGAT SEGALANYA
TENTANG KAMU.
TIDAK LUPA.
TAPI
AKU SUDAH TIDAK KENAL HATI MU,
BANYAK BENAR KAU BERUBAH.
'KITA' SUDAH JADI SEJARAH.
'KAMU' BUKAN LAGI KAMU
YG DULU.
KEJAM NYA MASA KERANA
MENJARAKKAN KITA,
MENJADIKAN KITA
SEPERTI ORANG ASING YANG
TIDAK PERNAH BERKONGSI RASA.
TIBALAH JUA MASA
UNTUK AKU
LUPAKAN NAMA ITU, WAJAH ITU DAN
KENANGAN LAMA.
ANGGAPLAH
MASA TIDAK PERNAH TEMUKAN KITA
DAN KITA TIDAK AKAN BERTEMU SEKALI LAGI
SELAMANYA.
Lebih baik begitu kerana hati tidak akan terluka.
Maafkan aku kerana bila usia ku makin tua, aku jadi insan yg cepat terasa.
Terima kasih 'Sang Pelangi senja'
Dan
Selamat tinggal kelmarin.
No comments:
Post a Comment