Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, June 20, 2019

Dr Saidatul Hafeeza

Menjawap soalan orang yang bertanya.
(Terima kasih kepada yg bertanya, yg ingat, yg ambik peduli dan
yang mengikuti perkembangan anak saya ni.)
Anak saya Dr Saidatul Hafeeza masih begitu.
Masih direhatkan oleh Allah dari urusan dunia.
Dia tidak menyusahkan saya, diam tenang di pembaringan.
Kami pastikan dia selesa, aman dan buat yang terbaik untuk kebajikan dia.
Dia syahid yg tertangguh..
Tuhan sudah sediakan tempat buat dia di sana
Sakit itu tiket untuk ke syurga.
Tuhan memilih dia, anak saya untuk pengakhiran yg terbaik nanti.
Dia, anak saya, Pija saya.....
Sepanjang waktu sihat nya dulu,
dia dapat semua yg dia impikan
Dia pelajar pintar dan cita2nya untuk menjadi doktor tercapai
Dia seorang isteri kepada childhood sweetheart nya dan sangat disayangi.
Seorang ibu yg amat sayangkan anak nya.
Dia bahagia sebahagia nya.
Dia tidak pernah bermasaalah.
Sangat menjaga adab dlm pergaulan.
Dia sentiasa menjaga aurat nya,
Mendekati alQuran dan mematuhi batas halal haram.
Sesiapa yg mengenali dia tau siapa dia.
Mereka sentiasa membilang budi dia.
Sentiasa membicarakan kebaikan dia.
Semua sayangkan dia dan kerana tuhan sayangkan dia lebih lagi,
Tuhan pastikan dia tidak lagi sibuk dgn urusan dunia.
Alhamdullilah...Syukur.
Saya tidak pernah kesal bila dia direhatkan dulu sementara waktu
Tuhan hanya mahu menipiskan timbunan dosa2 dia.
Disamping Tuhan juga memberikan pahala berganda ganda buat bekalan nya.
Saya hanya mampu mendoakan agar perjalanan dia nanti mudah.
Dan saya berharap semua yg mengenali dia turut sama mengaminkan doa saya tu.

My sleeping princess Ja,
Sekiranya kamu melihat aku ibu mu berada di persimpangan.
Kamu gapailah tangan ku..
Heret la aku untuk bersama mu di sana..
Pintalah sedikit ruang buat ku di syurga
Ja, aku ibu mu yg banyak dosa..
Tidak layak untuk ke syurga tapi
Aku amat takut dgn balasan neraka.
Cari aku nanti, intai aku..
Pimpin aku kecsyurga bersama mu
Pohon izin dari Nya dan rayu la di ribaan Nya agar kita boleh bersama.
Walau di dunia, aku kehilangan tawa mu.
Aku yakin, di sana nanti aku dapat semula cinta kamu
yang amat aku rindu.

6 tahun 2 bulan 3 hari.
Kehidupan dunia dia direhatkan.
Kehidupan saya juga berubah sepenuhnya.
Redha dan pasrah.
Allah hu Akhbar.
Dia maha mengetahui.

8 comments:

Anonymous said...

Semoga dipermudahkan urusan aunty dan keluarga..pernah dpt rawatan dari dr saidatul hafeeza ketika dia bertugas di kk bandar kota bharu..sgt baik soft spoken dan detail cek pesakit walaupun demam biasa...

Kak Rose said...

Aamiin.. semuga dipermudahkan segalanya untuk Dr Saidatul Hafeeza. mengikuti perkembangan nya dari awal, rasa sekejapnya masa berlalu.. 6 tahun dah. Bidadari syurga yang tertangguh!

pB said...

Semoga Allah sentiasa bersama dengan Granny Hani.

Anonymous said...

Tuhan mendengar doa mummy & semua orang yang mendoakan pija..Sampai satu masa Allah akan kabulkan doa kita semua pada masa yang cukup sempurna.InsyaAllah Aamiiin.....

Unknown said...

Maknanya hampir 6 tahun saya silent reader cikgu.

Ann said...

Salam ticer granny
Saya silent reader blog ticer
Tak semudah itu utk berada di tempat ticer, saya amat kagum dgn ketabahan dan semangat ticer.
Terus berdiri teguh di sisi puterimu, nyata ujian ini menguji sejauh mane kecekalan dan kepercayaan kita kepadanya.
Salam sayang

Dari sy, batch naimian 99-01

Ashikin said...

Assalamualaikum Aunty. Saya silent reader blog Aunty and I knew her through my friend. Sedih baca kisah Pija tapi saya paling kagum semangat Aunty untuk uruskan bidadari syurga yang tertangguh ni. Semoga Aunty sihat dan mampu uruskan Pija.

Anonymous said...

Kak peeja ni senior saya di Naim dulu. Memang sangat idolakan dia. Comel, pandai. Form 4 dia masuk mrsm pastu sambung plak kat oversea. Jadi doktor. Dapat hsbnd pun ok. Anak- anak comel. Sekarang, sy idolakan aunty plak. Kuat & tabahnya aunty jaga kak peeja yang dah berubah kehidupan hampir 100%. Semoga aunty terus kuat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...