Kerja saya di awal pagi raya pertama ialah masak.
Masak rendang
Potong nasi impit dan ketupat yg dah direbus semalam
Masak kuah kacang
Masak sate goreng
Masak nasi dagang terengganu
Masak nasi dagang kelantan
Masak lauk pauk nya termasuk acar dan sambal kelapa
Potong dan hidang kek yg di bakar hari sebelumnya.
Senang kan jadi tukang masak?
Di raya kedua pula...
Saya masak kuzi dan mintak tolong anak menjala roti jala.
Saya rebus spaggeti
Masak kuah bolognise
Masak nasi putih juga untuk tetamu yg dah muak makanan lain,
Mesti ada yg nak makan nasi.
Lauk simple2 jer
Goreng ikan rebus
Goreng kunyit ayam
Sambal bilis
Sambal ikan tawar pauh muda
Kari atau masak lemak
Salad
Panaskan rendang semalam
Panaskan kuah kacang dan hidang semula ketupat dan lemang.
Tu aje....Mudah kan?
Hahaha...sedap ke tidak saya tak pernah tempah apa2
Semua masak sendiri
Ramuah paling penting ialah kasih sayang.
Perencah paling sedap ialah keikhlasan.
Penat tapi seronok bila hidangan licin.
Suka tengok worih waroh, sahabat taulan makan.
Berbalaoi masak walau bukan chef sohor yg masak.
Ni tengah pikir.....
Esuk nak masak apa pulak.
Mungkin buat laksa
Atau mee kari
Atau goreng pasta
Atau apa yer......
No comments:
Post a Comment