Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, June 9, 2019

Tunggu saya datang ya.

Nurse yg urus anak saya tu dah mula masuk kerja hari ni.
Maka hari ni baru saya boleh keluar beraya.
Orang lain dah puas beraya, saya baru nak mula.
Sebenarnya bukan saya tak beraya pun,
saya beraya jugak.
Menerima kunjungan tetamu
Masak, makan, bertemu sanak saudara juga.
Cuma semua tu berlaku di rumah saja.
Saya hanya meraikan tetamu dtg beraya.
Kalau ada yg jemput saya membalas kunjungan,
 terpaksa saya awal2 pohon maaf tak dpt penuhi undangan.
Jemputan kenduri yg bertimbun pun terpaksa tak hadir.
Tapi mujur lah...
Semua yg mengenali saya tau masaalah saya.
Mereka memahami kepayahan saya
Bukan kali ni saja, dah 6 tahun begini.
Semenjak anak saya sakit saya utamakan dia dari hal lain.
Bila nurse yg urus dia bercuti dan tidak ada pengganti,
saya lah yg akan urus dia seratus peratus.
Mana boleh nak lepas tangan kat orang lain.
Orang lain x tau keperluan dia dan yg lebih tepat,
saya tak yakin dgn orang lain utk jaga dia.
Tak apa, saya ok jer..
Saya redha dan bukan merungut pun.
Raya tetap raya.
Hari ni raya ke 5.
Tau saya nak kemana?
Saya nak ke pusara orang2 yg saya rindui.
Oleh kerana 4 hari lepas saya tak leh keluar,
Menziarahi pusara terpaksa KIV dulu sehingga hari ni.
Tak sabar nak melepaskan rindu yg bergayut di dada.
Dah kul 6 pagi nih...
Kul 7 boleh la keluar.
Tak sabar tunggu nurse picit loceng pagar.
Cepat laaaaar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...