Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, June 10, 2019

Kerana mulut body merana.

Banyak foto sempena sambut Aidilfitri ni.
Ni ada sekeping dua yg lulus utk tayangan.
Foto makan2 x leh share sbb foto2 tu buat saya rasa nak teriak guling2.
Nyesal!
Apa taknya, kerana tertewas dgn godaan selera, saya lupa pantang.
Bedal jer apa yg terhidang.
Suara2 batu api pun ramai bukan main.
Nyesa lah sekarang ni, masa makan tu x pikir apa.
Nikmat mulut dan perut di utamakan.
Sian darah saya laaar, penat angkut gula yg terlebih ni.
Tapi hari ni dah nak sukat balik pemakanan saya.
Bye bye rendang ketupat dan lemang.
Bye bye nasi dagang kuah kacang dan nasi impit.
No no no noooo!
Berbalik pasal foto2 raya.
Nak share satu foto raya yg paling saya suka.
Cer tengok.
Saya tersenyum sendiri bila tgok foto kiriman anak saudara saya ni.
Kami posing di ruang makan di rumah saya.
Semua tu anak2 sedara saya.
Yang kaum hawa ni punya la posing, control ayu kemain.
( siap tarik nafas kempiskan perut sbb baru sudah makan..haha)
Yang kaum adam pulak ada yg cuba menarik perhatian cameraman kat belakang tu..diam2 ikut bergambar.
Sorang lagi kaum adam ni ada yg dah tertido di sofa.
Dia peduli apa orang nak posing ke nak apa ke, janji jgn ganggu lena dia tu.
Foto ni betul2 menghiburkan.
Tq lah anak2 sedara ku kerana hiburkn hati mak sedara yg tua nih.

3 comments:

Nizam.Ariff said...

Selamat hari raya Aidilfitri, cikgu.
Dan maafkanlah silap yg terzahir dan yg batin...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Yang tidur tu.. tidur kekenyangan namanya.. hahaha

Selamat hari raya, Cikgu

Warisan Petani said...

Selamat menyambut raya dalam keriangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...