Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, February 6, 2020

Pelangi yg pudar.

Khas buat seorang teman, kawan , sahabat, saing, yg bergelar Sang Pelangi
Semoga dia melintas di daerah ini dan mengerti apa yg aku cuba sampaikan.

10 tahun sudah kita tidak pernah bertemu muka.
Sekali sekala aku masih menyapa kamu,
bertanya khabar, mengusir rindu.
Seperti angin lalu,
sapaan2 yg sebegitu tidak berbekas apa apa.
Kau beku kaku dan tidak seperti dulu.
Aku memilih untuk tidak bermasam muka
Sentiasa berbaik sangka.
Sunguh, tidak ada benci buat mu.
Tidak akan ada.
Kau teruskanlah bahagia mu cara mu
dan aku pun begitu, sentiasa dengan cara ku.
Sudah begitu perancangan dari Dia.
Aku hanya doakan semua nya baik baik saja.

Kawan ku Sang Pelangi,
Sekali sekala terdetik di hati ini.
Ada sesuatu yg sentiasa berkuman dan menyakitkan.
Sudah ku cuba nyahkan tapi
ia tetap menggangu lena ku
dan meresahkan jaga.
Ada bicara yg tertinggal....
Ada suara yg terbisu....
Atau ada kepalsuan kah yg bersembunyi...
Persoalan2 begitu....,
berulang ulang memahat hati.

Sahabat ku Sang Pelangi,
Aku tidak salahkan kamu kerana
aku lah semut hanyut yg mencari ranting untuk berpaut.
Mana lah ku tau ranting itu berduri.
Tuhan pertemukan kita bersebab.
Tuhan juga memisahkan kita bersebab.
Tuhan lebih tahu

Teman ku Sang Pelangi,
Selagi nyawa masih menggetarkan jantung,
Selagi kudrat mampu mengukir senyum
Kau masih ku anggap kawan ku dunia akhirat.
Tadi hujan...
Tapi telah reda..
Aku mencari cari pelangi..
Sudah tidak sudi datang rupanya.
Aku faham
dan menelan pahitnya
rasa terbuang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...