Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 16, 2010

Kiri Kanan bimbit barang..


Saya ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh hari ni.
Niat hanya nak beli sehelai tudung hitam untuk di pakai ke sekolah.

Saya beli lauk pauk.
Saya beli sayur dan buah.
Saya beli kueh talam yang cantik dan sedap..berbagai warna.
Saya beli Ubi keladi yang dah siap direbus.
Saya beli laksam dan laksa.
Saya beli pisau sebab tertarik dengan harganya yang murah.
Saya beli baja pokok bunga.
Saya beli bekas minuman yang di import katanya.
Saya beli selipar untuk anak.
Saya beli bakul yg diperbuat dari tali plastik yang di anyam.

Aiyalaaa..Satu jer yang saya lupa beli.
Tudung hitam nak dipakai ke sekolah...

6 comments:

TokNabe said...

Kalau dlm p&p ni kira objektif tak tercapai ler.

:)

hani@debumelukut said...

betul TokNabe, sah tak tercapai..mcm tu la selalu kalu ke wakaf che yeh..rambang mata.

Anonymous said...

Itu tak gi lagi kat bare bundle, atau tak main bare second hand? (makcu)

hani@debumelukut said...

kalau berkenan tu tak kira, second hand pun second hand laa..ada org suka barang secondhand dari yang dalam bungkusan..

aG said...

alahai....
kira masih bernasib baik tu.... hanya lupa nak lupa beli tudung.......................
nasib baik ingat n tahu jalan nak balik umah....
heheheee

hani@debumelukut said...

ini mesti cakap melalui pengalaman ni..aG pernah lupa jalan pulang ke...? Tu la, bawak peta tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...