Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, April 13, 2010

Thing that we choose to forget r the things that we remember most.

Semalam saya bermimpi.
Saya berada di lapangan terbang yang sibuk.
Kami sepatutnya ke satu destinasi yang jauh.
Bahagia sesarat beg2 yang saya galas.
Tiba tiba kami menukar destinasi.
Walau hati tidak setuju, saya turut juga beratur untuk ke pesawat lain.
Bila hampir tiba di pesawat, saya dapati hanya saya seorang di situ.
Mana dia yang bersama saya tadi?
Saya mencari cari..sehingga terlepas pesawat.
Rupanya dia di pesawat yang terdahulu.
Sengaja tidak mahu saya ada bersama dia di sana.
Sengaja memperbodohkan saya
Sengaja melukakan saya.
Saya menangis dan tersedar..
Tangisan membasahi bantal.
Baru saya ingat rupanya mimpi ini
bersamaan dengan tarikh yang melukakan.
Hari ini hari yang patut saya lupakan..
Rupanya didalam tidur ia menjadi mimpi.
Menakutkan.

3 comments:

Anonymous said...

alahhh... susah ape tertinggal pesawat, Air Asia kan byk, murah lagi. (Makcu)

Granny Hani said...

betul makCu, tak heran dah kalau kena tinggal ko pesawa pun..byk pesawat lain yg ada kan.

Anonymous said...

Be positif le beb! Air Asia merahnya mengancam, cun lagi.... terbangpun sama tinggi. Mendaratpun atas landasan,jangan tergolek udah le yer. (makcu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...