Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, April 11, 2010

Tanda tanya...


Persoalan semalam banyak yang belum terjawap.
Hari ni bertubi tubi hinggap soalan baru dalam benak fikiran .
Walau pun jawapan masih belum dapat dicari tapi hidup diteruskan jugak.
Ada persoalan yang jawapan nya sudah terang dan nyata hanya kita yang tak nak terima.
Tak mahu mengiktirafkan jawapan kerana kita rasa bukan itu jawapan yang kita mau.
Kita cuba menipu diri sendiri kerana kita adalah orang yang pengecut untuk terima kenyataan.
Kita mencari alasan alasan lain untuk menyokong keputusan kita.
Kenapa macam tu? Kenapa bersusah payah menolak kenyataan?
Takut pada kekecewaan? Takut luka? Takut kekalahan berpihak kepada kita?
Mana tau kita yang kecewa ini akan menemui kebahagian yang berlipat ganda nanti..
Mana tau kita yang luka ini akan temui ubat yang mengubati segala nya..
Mana tau kita yang kalah ini sebenarnya adalah pemenangnya..
Kerana tak tau lah kita terus mencari jawapan....

1 comment:

Maiyah said...

jgn biar soalan tu tnpa jwpn.. nnti tensen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...