Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, April 21, 2010

Saya bukan nak apa2 dari awak pun..

Akhir akhir ini saya bertemu kembali dengan kawan2 lama.
Thanks to cyber world.
Memang saya teruja dan seronok sungguh.
Mereka lah yang pernah sama2 mewarnai sejarah hidup saya.
Rupanya sememangnya masa merubah segalanya.
Mereka berubah...
Dulu dia seorang yang sangat lincah dan happy go lucky.
Hari ni dia dah jadi 'Datin' dan proper sungguh tutur kata nya.
Saya rindu tempik sorak nya.
Ada juga yang dulu dia cukup bergaya..trendy.
Sekarang dia macam dah tak kisah penampilan nya..
Saya ingat lagi dia kata dia akan menjadi pereka fesyen.
Rupanya dia menjadi ibu yang menyara 7 anak bersendirian.
Saya bersimpati pada dia...Nasib orang tak serupa.
Ini yang sorang ni...Berubah sungguh.
Dia ni dulu dari keluarga yang amat susah.
Dia ni berkongsi segalanya dgn saya atas nama persahabatan.
Pernah tertangkap kerana mencuri di supermarkat kerana desakan hidup.
Ingat tak ayah siapa yang jamin awak balik?
Ingat tak bilik siapa yang awak tumpang semasa nak menduduki periksa LCE?
Bila awak gagal, semua kawan2 pulau awak.
Di bahu ini lah tangisan awak tumpah.

La ni dia tanya saya ..
"Do I know you?
I have to be careful u know since my hubby is a very important man.
Ramai yg ngaku kawan saya sebab nak ambik kesempatan, pinjam duit ke, nak projek ke..
I am all over the world and my time is limited.
Sorry k..Please identify yourself again."
Wahhh...!
Tak payah la..Saya terkedu terus.
Tau la awak tu dah jadi isteri org koperat.
Apa salahnya sambut saja salam saya ni dgn terima kasih.
Cukup lah ayat terima kasih saja...

2 comments:

Afiq Syimir Samsudin said...

manusia selalu lupa...

chehassan said...

Kisah ni boleh buat filem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...