Saya nak teriak kuat kuat.
Nak berdiri depan laut luas.
Nak lontarkan suara pada gelora laut.
Saksikanlah duka saya ini wahai ombak.
Basah bayu pantai menyapa pipi.
Kolam rasa yang membanjiri mata
menumpulkan pandangan
Jangan lupakan saya wahai pasir pantai..
Kerana walau mustahil membilang butir mu
Saya tetap bertasbih di gigi air ini.
Mengharapkan ada yang sudi bertanya.
Masih belum rebahkah gagah saya itu.
Ataukah..
Sewaktu saya terpandang buih yang pecah,
Saya turut berderai ditelan laut duka
yang tidak berpenghujung.
No comments:
Post a Comment