Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, February 27, 2012

Kaya bintat.

Bila garu, timbul lah berbintat2 seluruh badan.
Merah, sembab jadi muka..
sehari dua ok, surut sekejap pas tu mula balik.
Kalau tak garu kulit ok jer, licin.
Tapi kegatalan yg teramat buat jari tak henti nak menggaru.
Ikut hati nak garu dengan garfu..adoiii,teramat gatal!
Ruam yg timbul dari saiz kecik mula melebar sampai jadi macam peta kat badan nih.
Dah pergi Klinik, katanya Allergic.
Allergic per benda tah.
Bukan baru hari ni macam ni, acap sgt dah.
Dah penat duk menggaru2 ni, kadang sampai tak leh tido.
Dah bercupak ubat allergic saya telan.
Ada tu, bila telan, tido tak ingat hapa..berat kelopak mata.
Cream, bedak, sabun dan segala dah saya guna.
Tak tenteram betul lah.
Seingat saya semua ni bermula lama dulu.
Badan saya pernah menerima darah sebanyak 8 pint atas sebab keuzuran.
Ke darah tu yg menjadi puncanya?
Siapa lah empunya darah tu ..
Tak pasal2 saya dapat darah perisa gatal.
Agak2 laa.....
Dracula pun naik ruam jugak ke kalau hisap darah saya?

9 comments:

Acik Erna said...

assalam hani rasanya memang ada kaitan.kawan pernah cerita abang dia yang baik..selepas masuk darah..boleh jadi panas baran.
suami saya pulak ..ada jugak masuk darah 4 pint.
seminggu lepas tu rambuatnya mula jadi perang kemudian bertukar putih..kaitan jugak tu kan..

m.u.l.a.n said...

saya pon selalu kena gatal/ruam lately.. doctor kata sbb umur makin meningkat.. aiyaa...

Marina Monroe said...

Salam,

Rase nya perubahan hormon bila dah berumur, itu akak lah, gatal2 kulit akak di bahagian belakang, bila gatal ada sesiapa kat rumah jadi mangsa tukang garu2, kalau tak de siapa cari tiang..gesel2kan badan, kadang2 sampai melecet..hehehehehe
Begitulah akak, dah jumpa pakar kulit, mcm2 ubat sapu, ubat makan diberi, akhir2nya biarkan sajer..

ahmad humairi said...

ermmm...dracula tu power!, sume jenis darah dia sapu!!!hehe

Ros said...

takpe kak hani..
tu mungkin exzema atau kalau tak dapat kesan nama gatal tu kita anggaplah ia kifarah.

cuba kak hani beli ubat creobic cream atau econazine cream. jangan putus asa..setiap penyakit ada ubatnya...

munna said...

kak hani... anak munna pun sekarang ni kena penyakit mcm tu... dah 3 kali jumpa doc masih belum kurang.... kesian tgk dia tergaru-garu

makcu B said...

Makcu pun ada ketikanya gatal muka, kering, menggelupas. Rasa2nya faktor umur. Pegi kat Klinik Pakar Kulit Dr. Harun, memang menjadi. Tapi.....................kena telan byak ubat dia, pakai pulak krim siang, malam tempek krim malam pulak. Malahhhhhhhhhhhhhhnyo!

Anonymous said...

Dulu dulu saya slalu kena macam tu. Ntah camne satu hari seorg kwn suggested makan imedeen. Sb abg dia pernah kena mcm tu. Alhamdulillah sembuh. Saya pun cubalah. Alhamdulillah sembuh. Kesembuhan tu dari Allah. Imedeen tu ikhtiar je.

mama nabila said...

Anak sy pun sama.bila gatal,dgaru,berbintat2 mcm peta.dah jmp doc pkar kulit.tp lum lg baik.doc kata alergic.tp xtau alergic apa.ank sy bru 2thn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...