Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, January 23, 2014

lapar

Balik dari sekolah terkam buka saji.
Lapar yg melampau.
Macam lah bawah saji tu ada apa2 untuk di makan pun.
Harap2 ada, kalau tidak tak kan bibik letak saji di situ.
Ada.
Nasib baik ada, kalau tak ada rasa nak pengsan dah lapar sangat.
Ada gulai daging.
Ada roti.
Bibik cakap ada orang hantar.
Macam tau tau.
Tengah lapar begini, setengah paket roti itu biasa.
Makan tak pandang belakang dah...
Sedap gulai daging tu.
TQ kak Yah.
Lepas makan roti cicah gulai,
Makan kitkat, habis 3, 4 baris.
Ada biskut Karkor/Ikea, kunyah lagi
Tangki belum penuh, masih nak makan
Bukak peti ais, scan segala container kut2 ada yg kena dgn selera.
Eh, apasal saya ni...
Macam seminggu kelaparan.
Sebenarnya tadi hati sedikit terluka dgn kata2 seorang yg saya anggap kawan.
Bila hati terasa, saya pendam saja...
Rupanya mulut saya yg cuba untuk terus senyum ini telah membuatkan perut saya memberontak.
Tu pasal lah jadi lapar.
Nak makan orang yg buat saya terasa hati pun tak boleh,
Haram makan orang.
Kalau tidak, dah saya telan dia hidup2......

5 comments:

Marina Monroe @Nanie said...

Setengah buku roti?
Wahhhh..itu betul2 lapar sangat tu.
Smash balik lah Hani, jangan diam.
Kita dah berumur, penat dah berjumpa dengan orang2 macam tu..

t.a.t.a said...

Teacher, as usual, please belek your fingers. Are they still mulus?

Granny Hani said...

Kak nanie,
Tak tau lh kak, saya ni samseng kg dusun, nampak jer berani tapi penakut sebenarnya.

Granny Hani said...

T, a, t.a,,
Nak tau mulus ke tidak, tgok la ni, nak tekan lain, tertekan key lain...puas baiki, haishhhh..!

Kniedaz said...

huhu..bahaya tu kalau marah mengadap makanan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...