Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, January 2, 2014

Tahun terakhir


Kerja bertimbun di riba,
tapi mata buat tak nampak.
mata lagi suka pandang TV walau yg kelihatan hanya lakonan.
Banyak mana kerja sekali pun bila hati tenang, tak rasa payah.
Biasalah kerja di awal tahun persekolahan,
segala benda nak di siapkan segera.
Ni tahun terakhir saya di alam persekolahan.
Lama betul, dari usia 5 tahun hingga 54 tahun.
Tak penat2 panjat tangga sekolah.
Tak jemu2 pikul beg sekolah.
Sekarang pun upaya lagi panjat tangga,
tapi keadaan tidak mengizinkan.
Maka lebih baik saya menarik diri lebih dahulu.
memanglah berat hati nak lepaskan jawatan dan
suasana yg saya dah terbiasa ni tapi,
dari kita tak dapat pikul amanah sebaik mungkin,
dari kita duk sibuk pasal anak yg sakit dan
tak dapat tumpukan pada pengajaran dan pembelajaran ,
baik cepat cepat undur sebelum orang bising.
Saya tak mau menyusahkan pentadbir dan kawan2.
Biarlah saya saja yang susah.
Heran jugak tengok orang lain yg sanggup terus kerja,
sedangkan qualiti kerja amat buruk.
Tahu tak mampu kerja tapi tak nak berhenti kerja.
Untuk apa teruskan menerima amanah kalau
 kita tau kita dah tak dapat tunaikan dgn sebaik mungkin?
Saya tak boleh sekadar kerja cincai2, tak suka begitu.
Untuk apa terima gaji bagi sesuatu yg kita tau tak padan dgn yg kita mampu berikan
Memang lah akan berkurangan lah pendapatan isi rumah saya.
Tak apa, dah setakat ini saja lah rezeki saya.
Pandai pandai lah saya hidup seadanya nanti.
Pandai pandai lah saya tadah telapak tangan kat penaja.
Aduhh...kena training buat muka welfare nih.
Maka bermula hari ni kena mula sedar diri.
pesan pada diri sendiri ni,
"Hani, sokong saja apa kerajaan buat,
jangan jadi pembangkang..
Kuat sgt bangkang, kena potong elaun baru padan muka."
Bukan kerajaan malaysia,
Kerajaan di bawah bumbung saya lahhh....


.



2 comments:

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, cikgu Hani,
Selamat Tahun Baru 2014,

Alhamdulillah,
Kakmah dah 10 tahun berhenti keje,
tapi masih boleh hidup lagi dan masih boleh hantar anak ke ipts lagi,
Rezki ada dimana2, macam kata cikgu, kalau kita dah tak mampu memikul amanah lebih baik kita undur....

Semuga tahun ini lebih cemerlang buat kita.

Kniedaz said...

setuju! kalau nak bekerja sampai umur lanjut tu boleh tapi kena pastikan kualiti kerja setaraf atau lebih baik daripada mereka yang muda. KAlau rasa tak boleh dah, jalan terbaik ialah berhenti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...