Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 5, 2014

Semua tak boleh

Nak makan maggi katanya tak boleh, bahaya, botak nanti.
Nak minum air bergas, tak boleh juga, extra sugar.
Nak makan Fast food, tinggi kandongan lemak/kolestral
Nak minum kopi bancuh sendiri pun caffien tetap ada.
Nak makan kepak ayam, lebihan steroid boleh menjalar ke badan kita
Nak minum sirap, pewarna boleh menyebabkan barah kata setngah orang.
Nak makan roti pun kena baca dulu kandongan, takut2 ada bahan tak halal.
Nak minum di starbucks lagi lah dia orang duk cop kata haram.
Aiskrim ni tak boleh, coklat tu tak boleh,segala benda tak boleh
Minuman pun kena stick to air kosong saja.
Aduhhh...awak tau tak,
kalau dah semua benda tak boleh makan,
kurus lah saya.
KURUS?
Mana nak kurus, beribu jenis makanan lain boleh di makan pun.
Memang perangai macam ni, kalau yg dilarang tu laaaaagi lah nak.
Apa punya peel lah!

3 comments:

Al-Manar said...

Siapa kata air kosong selamat??

Marina Monroe @Nanie said...

Assalam Hani,

hahahaha kita serupa rupanya.
Akak pantang jumpa, semua nak bedal tapi air bergas memang tak sentuh lansung.

zino said...

makan tu boleh asal jangan berlebihan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...