Dia ni...
Pagi2 dah memanggil manggil
Bising.
Tercegat di muka pintu dapur
Nak mintak belas kasihan la tuh.
Kamu anak siapa?
Tak reti nak balik ke?
Bukan aku tak kesian,
Aku dah ramai sgt kucing.
Rasa x mampu dah nak bela kamu
Setakat makan lebihan makanan aku boleh la
Kalau nak lebih dari itu sorry la.
Kamu ni kurus
Kalau ada orang jaga mesti cantik.
Cik Miow, aku doakan murah rezeki kamu utk mempunyai tuan baru.
Adalah tu orang akan pungut kamu nanti.
Sementara tu,
Kau makan lah...
Tido lah dlm stor aku tu
Jangan kencing berak merata dah.
Jgn kotorkan rumah aku ni.
Duk baik baik.
Aku x larang pun kau kongsi rezeki aku
Asal jgn menyusahkan aku saja.
Kau tau tak, kau bukan sekor yg tadah mulut di pintu dapur ku.
Ada lagi dua tiga ekor kucing lain.
Doakan aku cepat kaya ok.
Kalau aku kaya boleh la kau orang makan sedap2 sikit.
Hehehe...
Doakan aku dpt apa yg aku mimpikan jugak.
Boleh?
Aku tolong kau, kau tolong aku.
Win win
InsyaAllah.
Binatang kesayangan nabi ni.
Hati belas tengok mereka yg tak bertuan.
Tolong lah,
Ambik la budak2 kaki 4 ni...
Dapat pahala tau!
Sapa nak?.
No comments:
Post a Comment