Tadi baca kisah seorang wanita terjun jambatan pulau pinang.
Allah hu akhbar.
Kita tak ada hak untuk buat ulasan.
Kita tidak berada dlm kehidupan dia.
Usah pandai2 menghukum dia.
Tuhan lebih mengetahui.
Cuma kita perlu sama2 berdoa
Semoga dia atau pun kita diberi kesabaran
Untuk terus hidup dan redha dgn kehidupan kita.
Semoga Tuhan tetapkan iman.
Jgn kalah pada bisikan syaitan.
Dia atau pun kita
Sama2 insan yg lemah
Semoga Tuhan ampuni kita..
Dosa kita banyak.
Semoga Tuhan menutup aib kita.
Aib kita pun banyak.
Kepada wanita itu...ini ikhlas dari hati saya buat dia.
Dik, bila semua manusia meninggalkan kita..
Kita tidak bersaorangan kerana Tuhan ada.
Sentiasa ada.
Akak bukan nak suruh kamu sabar,
Kau dah byk sabar dah tu...
Tak nak ajar kau redha juga kerana
Kau lebih tau apa itu redha,
Kau tau redha itu lebih senang utk diucapkan tapi
Payah utk didik hati menerima segala payah itu.
Dik,
Mati itu bukan penyelesaian masaalah.
Teruslah berjuang,berdoa dan berharap.
InsyaAllah dik, insyaAllah.
Kita sama2 berdoa ye dik.
No comments:
Post a Comment