Tak lengkap.
Memang tak akan lengkap.
Sampai hembusan terakhir nafas ku, tidak akan ada lagi bilangan lima.
Hanya empat.
Hati masih rapuh
Bila lihat mereka berempat
Hati makin rapuh
Sudut hati yg tersimpan buat dia sentiasa ada
Diam lah anak dalam hati bonda,
Tenang lah.
Biarpun kamu membisu seribu bahasa
Kamu tetap si hati kami
Kami merindui mu sentiasa.
Sesungguhnya
Segalanya hanya lah pinjaman sementara.
Akur dengan perancangan Ilahi.
Akan ku pulangkan kembali bila tiba waktunya nanti
Pesan hati supaya redha, sentiasa redha
Dan beritau minda bahawa
Segala yg berlaku,
Ada nikmah nya.
Allah hu
No comments:
Post a Comment