Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 20, 2018

Saya bukan makcik bawang

Hari ni nak mengumpat sikit.
Terpanggil untuk mengulas kes nenek tu.
Tuuuu, nenek yg nama apa tah, pengkritik fesyen tu.
Kecik hati saya bila dia sebut pasal berat badan berlebihan.
Hati2 semua orang yg berat lebih 60kg tersentuh.
Jangan la macam tu nenek...

Nenek.
Tu panggilan yg sesuai
Dia sebaya saya
Saya nenek, dia pun nenek lah.
Hebat dia ni
Tak seperti saya yg sebaya dia.
Tengok cara dia berpakaian....hebat!
Tengok gaya hidup dia.....ada kelas gitu!
Tengok siapa dalam circle dia....upper crust u.
Dengar khabar dia disegani ramai kerana ilmu berfesyen dia tu.

Tak kisah la siapa dia..
Saya ngumpat ni sebab terkilan dgn kata2 dia jer.
Tak jeles pun dgn cara hidup dia..
Hentam saja la, dia cara dia, saya cara saya..
Dosa pahala dia saya tak tau dan tak nak tau.

Satu jer saya nak cakap...
Dengar sini nenek,
Saya kesiankan awak.
Sebab mulut badan jadi viral.
Dari org tak kenal jadi kenal.
Lain kali...
Cuba biarkan orang muda2 dgn dunia org muda2
Kita?
Kita jadi lah org tua sesuai dgn usia.
Jom nenek, kita gi beli tudung.
Opss...dah jadi makcik bawang pulak saya ni.
Salah tu, bukan makcik bawang, nenek bawang!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...