Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, August 12, 2018

Tajuk cari nahas nih...

Tentu ramai yg kecam saya kalau saya ulas macam ni.
Saya sendiri pun tau yg cara saya ulas ni tak betul tapi nak ulas juga.
Ikhlas cakap, memang terfikir juga macam ni.
Sekali sekala tu terlintas juga...

Pernah tak awak rasa jeles?
Rasa macam tak adil jer
Rasa marah bila lihat....

Ada orang tu..
Hebat.
Lawa
Bergaya
Kaya raya
Bahagia
Apa nak semua dapat..
Senang nya hidup dia, bebas masaalah.

Ada orang tu..
Terang2 jahil
Tak solat
Tak buat yg wajib dan yg haram jadi ikutan
Tapi kehidupan berkat, senang lenang
Ada kuasa, ada pengaruh
Di puja puji lagi

Ada orang tu pulak
Makan duit haram, habis anak beranak senang lenang
Anak2 berjaya, sihat sejahtera..
Kapal di laut, gedung di darat..
Dermawan pulak tu
Wajah ceria bahagia sentiasa di dada media sosial

Ada orang yang selebih nya..
Sentiasa berusaha untuk senang
Tapi tak senang senang
Sentiasa redha dan tabah sabar
Tapi ujian demi ujian hinggap di kehidupan nya
Tak ada rupa untuk dibanggakan
Pelajaran pun tamat sekolah atap jer.
Tidak mewah harta tapi mewah penyakit
Derita hidup menghurung diri seperti lalat menghurung bangkai.
Yang dia ada hanya Tuhan, tempat memohon dan meminta.
Yang dia miliki hanya redha dan sabar.

Wei, sakit hati wei....
Tak adil la macam ni...
Betul lah susah atau senang tetap mati juga satu hari.
Tapi
Sekurang kurangnya golongan tu dah rasa senang di dunia kalau pun di akhirat nanti seksa..
Yang seksa di dunia ni pun belum tentu senang di akhirat nanti..
Entah entah seksa di kedua alam.
Tu pasal la...
Kaya pun mati, miskin pun mati.
Baik mati setelah merasai hidup kaya raya.
Kan?
Bahagia pun mati, sengsara pun mati.
Baik lah mati dalam bahagia..
Warak pun mati jahil pun mati.
Allah hu..tidak ada yg lebih baik dari mati dalam iman!

Awakkkk...
Jangan lah kecam saya yer
Saja jer saya ulas begini.
Benda yg duk berlegar dalam kepala dari marin lagi.
Tau kenapa?
Tak ada kes lain selain dari duk follow ig Dato perangai pelik yg tersohor kaya tu lah.
Follow ig si pondan yg cantik lawa tu
Follow ig perempuan yg gedik bukan main walau dah tua demi marketing
Follow ig artis...
Hadehhhh..kenapa lah duk follow ig set2 kelaut nih?
Suka suka....
Hahahahaha....
Bila tgok mereka sebenarnya saya rasa lebih bertuah menjadi saya.
Mensyukuri kehidupan saya walau tak hebat mana.
Menyayangi org2 di sekeliling saya seadanya.
Menerima ketentuan Tuhan kerana saya yakin perancangan Tuhan adalah yg terbaik.
Please God, dont make me b one of them!




2 comments:

mokja said...

Hai macam sama wavelenghth la kita. Dok terlintas juga fikiran mcm tu. Awat lagu ni, awat lagu tu. Ehh..tak tau la . Rimaih . Have a nice day,hani.

muhaini said...

Hadoiii ... panas! panas! Ingat saya sorang je lagu tu. Haha ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...