Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 11, 2019

Maaf mak, saya terpaksa menipu

Saya tipu che.
Tipu sunat. Terpaksa.
Che hari2 duk risau takut kehadiran dia menyusahkan saya.
Ala che, relax la...
Pantang dia tengok saya acap keluar masuk rumah,
Mula lah dia cakap
" Sian Nie, penat la che ada duk sini.."
Ada ke macam tu..
Saya ni memang macam ni
Sentiasa nampak kalut, sentiasa nampak byk kerja
Walhal tak pun.
Berbalik pasal saya tipu mak.
Macam ni ceritanya.
Mak nak makan nasi goreng buat breakfast.
Dia suruh saya belikan yg dah siap di jual kat pasar tu.
Takyah masak la nie, che sorang jer, beli jer sebungkus.
Ok, no problem.
Che kat dalam bilik sedang baca quran.
Saya diam2 ke dapur, goreng nasi.
Dah siap saya bungkus eluk2 mcm yg orang jual tu.
Letak atas meja. Settle.
Che masuk untuk makan, berselera che makan.
"Siapa jual nasi goreng ni? Sedap, lauk macam2 ada. Beli kat mana?".
Sambil mengadap sinki saya jawap ringkas
"Kat pasar tu laĆ , makcik yg biasa jual tu"
Tak nak pandang mata che, takut dosa cakap menipu.
Habis che makan.
"Sedap la, lain kali nak suruh Si Ashraf(Ashraf tu cucu mak yg ada kat umah mak) gi beli.
Aaa...sudahhhh....!
Camna ni?

2 comments:

DonnaSha said...

Kannn dahh... :D

Sila la mengaku dan minta maaf.
Lagi pun orang masak lain
Kita masak lain
.. dengan kasih sayang
.. dengan doa dan harapan
.. dengan mesra dan keikhlasan

:D

Kakcik Seroja said...

Suruh Ashraf beli kat rumah Kak Hani... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...