Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, June 15, 2019

Komen lah, saya suka.

Setiap kali ada komen yg singgah di post saya, saya happy.
Suka sangat.
Berulang kali saya baca.
Selalunya komen komen yg hinggap ni komen yg positif.
Kecuali ada la sekali sekala komen dari anonymous yg entah apa apa.
Tu bukan komen, sekadar mat salleh nak promote blog ke apa tak paham lar.
Jujur cakap, saya hargai komen komen dari yg sudi komen tu.
Walau saya tak kenal tapi saya acap bersua u all di alam cyber ni.
Dah macam kenal pulak, dah macam rapat pulak kannnn
Alangkah baik nya kalau saya dpt betul2 kenal,
dapat tengok tuan, dapat bercerita secara direct,
dpt mengenali secara lebih akrab
dpt mengaku kawan.
Hmmm....mungkin ini lah yang di panggil kawan cyber.
Kawan melalui jari.
Kenal dan mesra tapi kalau berselisih bahu sah tak tau.
Asing wajah tapi hati bunga bunga gitu.
Terima kasih la yg selalu menemani saya di sini.
Kalian menyemai subur rasa 'ada yg masih peduli' di hati saya.
Terima kasih dari hati buat....
Donnaasha
Siti yang menaip
Warisan petani
Jamil hisyam
Muhaini
Kakcik seroja
Mokjadandel
Kakrose
Mrs A
Serikandi ditanah jauhar
Kak Itus
Nozam Ariff
Azian elias
Cikguzim
Perdu cinta
Jmblog
Cikmatahariku
Cahayakehidupanku
dan anonymous juga termasuk yang lain2 nya

Salam tulus ikhlas walau hanya persahabatan di alam cyber.
Selamat hari raya..ke dah terlambat?
Maaf zahir batin dari saya yg bergelar 'debumelukut' disini.
Di mana2 pun saya hanyalah debumelukut...
Terima kasih sekali lagi kerana menemani saya di perjalanan ini.



1 comment:

Unknown said...

Jgn berhenti berblog ye teacher.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...