Seperti terlepas ikatan yg merantai kaki,
hari ni nak saya keluar dengan kawan kawan.
Enjoying myself sekali sekala.
Tak salah kan? Membebaskan stress.
Jadinya, pagi pagi lagi saya pakat dgn kawan2
pergi menziarahi seorang kawan yg sakit.
Dia eksiden di dalam bulan puasa baru ni.
Kesian, masih sakit dan perlukan sokongan.
Sayang sekali saya tak rakam foto bersama dia.
Bukan lupa sebenarnya, tak sampai hati.
Tengok keadaan dia yg uzur dan
dengar cerita payah dia buat hati rasa amat simpati.
Usia mcm kami ni kalau sakit payah nak sembuh.
Mau nya sebulan dua lagi untuk dia kembali cergas.
Dia seorang yg sgt aktif tapi kesakitan itu telah hadkan aktiviti dia.
Saya tinggalkan dia dengan pesanan itu ini.
Banyak la pulak pesanan penaja.
Bukan apa, nak dia cepat sembuh jer.
Lepas menziarahi dia, kami ke warung nasi dagang yg tersohor di daerah tu.
Wahhhh...walau baru jer raya, baru jer masak nasi dagang,
tetap terliur tgok lauk2 yg menunggu untuk di pilih.
Apa lagi, diet letak belakang, tau tau penuh pinggan.
Makan sambil bercerita
Sambil membawang...hehehe.
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati.
Dah tinggi mentari di dahi
Jom kita pulang.
Panjang umur kita dating lagi
Plannya minggu depan nak dating di pekan Munduk pulak.
AJK2 kelab kita yg free tu jom la...
Saya on jer....insyaAllah kalau x ada aral.
Munduk, wait for me.
1 comment:
Wahh.. kecur pulak sy teringat Mee Celup di Munduk.
p/s : saya pun tak sampai hati nak bergambar dgn org sakit
Post a Comment