Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, December 3, 2019

Kuda ini dah tak bergerak.

Tak suka.
Tak nak tengok.
Kesan bahagia yg tertinggal.
Bagi orang lain mungkin tu hanya kuda stuff toy.
Terbaring atas meja di ruang tamu.
Orang lain tak tau apa tuan kuda itu telah buat pada saya.
Rindu tau tak?
Tuan kuda dah tak ada di sini, cuti dah tamat.
Tinggal hanya kuda yg sudah tidak lagi berlari lari.
Kuda dah tidor, dah diam tak bergerak.
Waktu mengemas selepas anak negeri meninggalkan sarang adalah
waktu yg paling saya tak suka.
Kalau setakat tuala dan cadar tak jadi masalah, masuk mesin basuh saja.
Terus bersih dan boleh dijemur.
Tapi jejak2 yg mereka tinggal dan melekat di fikiran ni
yg payah nak kikis dari fikiran.
Kalau boleh selepas kereta mereka keluar dari pagar dgn tangan2 melambai didalam nya tu,
rasa nak masuk rumah, nak pejam mata dan tidor.
Tak nak mengemas, nak biar macam tu saja.
Tapi makin duk tengok kesan ketawa, kesan riuh anak cucu, makin teringat ingat pulak.
Tu pasal la....
Hanya nenek lain yg paham rasa hati seorang nenek ini.
Hanya  nenek2 lain yg tau rindu hati seorang aku yg bergelar nenek.
Sabar jer laaa...
InsyaAllah, panjang umur jumpa lagi.
Nok tiok wei lokkkkk!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...