Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, April 22, 2010

Tolak rezeki...

Loceng pintu berbunyi.
Kelihatan seorang wanita berdiri di situ.
" Puan, saya datang dari jauh nak mintak belas kasihan puan untuk sedekahkan saya seringgit dua."
Saya perhatikan dia masih cukup gagah untuk bekerja. Terfikir jugak kenapa dia tidak bekerja.
Agaknya dia boleh membaca fikiran saya. tanpa di tanya dia sudah menjawap "Saya uzur, sakit dalam perut,tak mampu kerja kuat lagi"
Saya bukan tidak kasihan tapi saya tidak suka cara dia mencari rezeki begitu.
Islam pun tidak galakkan cari nafkah secara itu.
"Gini sajalah, awak masuk makan tengahari dulu, pastu awak tolong angkat pakaian di jemuran, lipat dan masukkan ke dalam almari. Saya bagi awak upah yang setimpal nak? bukan berat mana pun tugasan tu..."
( Bibik saya tercengang cengang bila saya agihkan kerja dia pada orang asing ni.)
"Awak tengok la bibik ni, datang merentas benua, tinggal anak, tinggal suami hanya untuk cari makan..Kerja sehari suntuk dan bertahun2 berdagang."
Saya sengaja cakap begitu biar dia tau ada orang lain yang lebih susah tapi tidak memilih untuk jadi peminta sedekah.
Dia membatu. Masam.
"Saya bukan nak byk, seringgit dua saja..Dah tak nak bagi sudah laa.Harapkan rumah saja besar tapi kedekut." Dia terus berpaling dan berjalan ke pagar tanpa di suruh. Siap marahkan saya lagi ni...
Betul lah, Tuhan tidak merubah nasib seseorang kecuali dia yang mengubah nasib nya sendiri..

3 comments:

rerama salju said...

alamak!marahnya saya dengan org tu kak!!

myQza said...

mmg dah jenis malas bekerja dan mahu gaji buta sahaja!

org mcm tu mmg aku pun x layan

Mak Su said...

payah, ada orang ingat dorang tu boleh buat semua perkara kat dunia ni cara mudah :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...