Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, January 8, 2014

Awalnya aku hari ni

Masih kosong
Tanpa guru
Tapi penuh sarat dengan tugasan
Pengajaran dan pembelajaran bermula sebaik ada yg menjejakkan kaki di sini.
Aku terawal dtg harI ni sedangkan guru lain masih dlm perjalanan.
Bila suiz lampu ku petik,
Jelas kelihatan beban kerja yg menunggu.
Beban yg menyeronokkan.
Amat suka berada di sini.
Ini bukan sekadar bilik.
Di sini ketawa ku pecah berderai.
Di sini tangisan ku pernah tumpah.
Di sini aku berkongsi hati
Separuh usia ku di sini,
Bilik ini ragam manusia dipamerkan secara percuma,
Keikhlasan persahabatan sekali sekala tercalar,
tapi acap kali luka itu sembuh kembali dan
ikatan persahabatan bertambah akrab.
Banyak sekali berita semasa berlegar,
Gossip semalam panas melekat di dinding,
Cermin muka tersenyum cuba bersekongkol dgn bedak.
Faham sangat kehendak wajah yg sekejap2 baiki tudung,
Sekejap2 tampal bedak..
Penampilan tetap perlu dijaga,
Tengoklh timbunan tanggungjawap melimpahi meja
Kertas bercetak menggigit kaki
Di sini suara riuh adakala bising mengalahkan kelas.
Kadang2 senyap seperti ada kematian.
Disini aku lebih banyak berkongsi ilmu guru dan
ilmu untuk terus hidup sebagai manusia.

Bilik guru usang ini tetap menjadi bilik yg
menyimpan segala macam kenangan.
Esuk,
Bila aku sudah tidak lagi hadir di sini,
bilik ini akan aku rindui...

6 comments:

mokja said...

Selamat bertugas hanie.makcik pun dah lama tinggalkan bilik macam ini.Rindu pulak.

makcu B said...

Ia seperti sebuah buku yang sarat, berat dan penat. Mengumpul terlalu banyak kisah suka, duka, kejayaan dan kegagalan. Biarpun ia sebuah bilik yang kaku, namun isi dalamnya bergerak melintasi cerita demi cerita. Rindu dan sayang kami akan bilik ini.Pernah satu ketika dulu.... kerusi Kak Nie jadi saksi.

che mid said...

Blazer2 tu kan..kalau di tukar tempat, agak2nya tuan2 dia boleh cam tak? he he..selamat bertugas Hani..

Granny Hani said...

Mokjadeandell,
Tq ...tempat jatuh lagi di kenang kannnn

Granny Hani said...

Makcu,
Tak tau lah akan terubat ke tidak rindu itu nanti..

Granny Hani said...

Che mid,
Entahlah, tau bila assembly, capai dan sarung...hentam jer laa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...