Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 19, 2014

Betol2 ni, bukan cobaannnnn...

Saya nak berkebun.
Nak bermesra dgn tanah.
Satu republik terkejut bila saya keluarkan kenyataan tu.
Tu belum lagi saya cakap saya nak berlakon.
(Ke ada yg dah pengsan ni?.)
Jangan risau, mati hidup balik pun saya tak akan jadi artis.
Angan2 saya bila pindah rumah baru nanti,
Saya nak pulihkan landscape rumah tu yg sekarang ni dilanggar Garuda.
Banyak lh angan2 saya ni.
Saya nak cuba sibukkan diri dgn aktiviti baru.
Nak cuba mula hidup baru dgn semangat baru.
Boleh ke tidak tak tau lh.
Cuba.
Dah tua baru nak mula, entah larat ke tidak angkut pasu
Tak larat mintak bibik bantu, boleh aje.
 ulat bulu dan siput mungkin akan merosakkan tanaman saya.
tapi tidak semangat saya..
Saya tak risau,
Penasihat saya ramai.
Kawan2 saya akan bagi moral support.
Mereka akan ajar saya.
Cuma ahli mesyuarat tingkap ni,
Siang2 dah cakap.
"Hani, awak tu tak cair ke kena matahari?"
"Mummy tu nak cari sakit urat sendi free tu....."
"Tak ada cutting laa nak jadi Gardener."
"Nak berkebun jgn nyusahkan saya dah!"
Elehhhh......Wait n see wahai orang kampung.
See the leg laaaa..
Hani lah ni, samseng kg Dusun pun tabik tau!
Ok, esuk nak gi intai2 kebun orang, import idea.
Lalalalalaaaa...........

Teka teki pasal cucuk tanam.
Soalan: Tanam apa cepat dpt hasil?
Jawapan: Tanam orang.
(Sudah jer tanam, dapat upah gali kubur)

6 comments:

Unknown said...

Salam dear...macam berjanji jer kita ni sebab saya baru nak istiqomah berkebun selepas kecewa dgn hobi baking cake ni sebab hanya menyebabkan ukur lilit kembang mengembang....

DYatie ABakar said...

Selamat berbakti pada tanah sis!

Unknown said...

is mai menziarah sambil follow ;)

salam ukhwah (^__^)

Nizam.Ariff said...

Mencangkul nanti jaga jaga pinggang tu, kak...hehe

t.a.t.a said...

Teacher, tunjuk la sket gambar laman asas nak dijadikan patch tu.

makcu B said...

Bagus! Selamat pagi sang suria.
Biasanya Ja jadi tukang tegurkan, itu tak boleh..... ini tak payah... Tak usah susah2kan diri ler mummy.

Tapi.... pada suatu pagi yang cerah, kalaulah Ja boleh gelak pasti Ja ketawa kerana anak-anaknya pun ikut sama jadi Hang Kebun heheheheeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...