Ada sesuatu yg mencuri tumpuan saya akhir akhir ni.
Otak duk hala ke arah tu saja.
Siang teringat ingat
malam termimpi mimpi
Angau?
Ish, bukan lah..
Saya duk sibuk pasal renovation rumah saya tu.
Walau saya tak gaul simen atau pasang tiles,
sibuk saya ngalahkan sibuk nya tukang.
tak sah kalau tak menyibuk.
Sibuk komplen, sibuk mengarah...
Bab interview kontraktor serah pada saya.
Bukan interview dah, lebih kepada soal siasat.
(Sebab ni lah 'Tuan Rumah' tak berapa galakkan saya campur tangan kot)
'Tuan rumah' pun tak sesibuk 'menyibuk' macam saya.
Tuan rumah ikut jer apa cakap konrktor.
tu pasal lah yg renovate sedepa jadi 10 depa.
kalau saya jengok kawasan, mula lah kedengaran sound effect.
Silap hari bulan esuk2, kontraktor pakai plug telinga sambil kerja
atau
kalau di beri peluang, sah sah mereka tutup mulut saya dgn simen.
Padan muka saya
Dulu saya langsung tak ambik pot.
Hati jiwa dan perasaan hanya berlegar di empat penjuru bilik sakit ni.
Tak minat pun nak dengar pasal renovation nih.
Tapi sekarang saya dah mula meninjau ke luar.jendela resah saya
Rupanya matahari masih suam di luar sana.
Life goes on.
Sebenarnya beban fikiran sedikit berkurangan bila saya sibukkan diri.
Bila melawat kawasan rumah yg di renovate tu macam2 idea keluar.
Nak hias macam ni, nak tanam ni, nak tempah ni, nak itu nak ini.
Seronok pilih cat, pilih konsep dan paling seronok bila cadangan kita dapat green light.
Tak sabar nak tengok rumah ni siap di renovate.
Tak sabar nak pindah.
Tak sabar nak mulakan sejarah baru di tempat baru
Tak sabar nak tinggalkan sejarah lama penuh luka di tempat lama.
Biarlah walau rumah saya hanya lah pondok kecil jika di bandingkan dengan istana orang,
saya tak kesah...
Bagi saya pondok itu nanti akan menjadi mahligai di hati saya.
Ja, nanti ja dapat bilik baru dan mummy dah sediakan yg terbaik buat Ja di sana nanti.
Ja, we both need some fresh air.
Inna Maal Usri Yusra..
.
3 comments:
tapi kekadang, bila dah duduk di tempat baru, apa yang nyata tak seperti yang di angan.
Tak apa lah IM, kena think positif. sekurang kurang nya tempat baru memberi harapan baru, lagi pun tempat lama ni dah terlalu byk kenangan luka dan udara pun dah terlalu menyesakkan nafas...
Semoga.... di sini, menjadi satu titik ke arah hidup yang lebih bermakna bukan sahaja hidup untuk Ja, tapi hidup untuk yang lain juga, yang menagih senyum Kak Nie.
Post a Comment