Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, January 29, 2014

pendosa mcm saya,..

Awak tau tak macam mana rasanya ada anak yg terlantar sakit dan semua ikhtiar sudah tidak mampu menyembuhkan dia?
Awak tau tak macam mana rasa nya melihat anak menderita kesakitan sedangkan kita tidak mampu berkongsi sakit itu?
Awak tau tak macam mana luluh nya hati ibu bila harapan untuk melihat anak kembali seperti sedia kala terhakis?
Awak tau tak macam mana rasanya rindu yg teramat dan sedia maklum rindu ini tidak ada penawarnya?
Awak tau tak macam mana sakitnya dimamah rasa kecewa?
Awak tau tak sekali sekala, seorang ibu biasa seperti saya (bukan ibu mithali ) menjadi sangat sensitif dan mudah sungguh terasa.?
Awak tak tau.
Sebab itu lah awak buat ulasan macam tu,
Sebab tu lah awak sampai hati menganggap saya begitu,
Riak,
Riak tidak semestinya kerana kaya harta.
Tapi ada orang yg merasakan dia lebih mulia di sisi Tuhan dan dia lebih pakar menghadapi stress,
Dia lebih redha menanggung ujian dari Allah, dia lebih sabar...
Dia orang yg mendapat berkat dan sentiasa terhindar dari susah payah.
Saya seorang pendosa maka padan muka saya lah kalau Tuhan pun tidak hiraukan doa dan minta dari saya,
Saya hanya senyum mendengar kata2 dia walau kata2 dia menjadi peluru yg menembak kesabaran saya,
Saya diam,
Saya hilang kata kata.
Saya hanya mampu berdoa supaya dia sentiasa bahagia.
Bertuah nya nasib dia.
Malang nya saya.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Hani,
Rahsia hati tiada siapa yang tahu. Biarlah orang mengata hanya kita yang tahu apa yang kita rasa, kita tanggung. Penat aje dia memberi kita pahalanya & mengambil dosa2 kita.
Tabah ye dik. Manusia memang begitu
Hajah Siti Aminah

cinta said...

ada manusia yg over confident dapat masuk syurga. org mcm ni tak sedar syurga itu bukan free. Adui, sabar je lah cikgu..

Abil Fikri Ahmad said...

Bila kita dah tahu apa yg org lain tak tahu, Kita kena lebih tabah, lebih sabar,lebih tidak putus asa, lebih YAKIN pada ALLAH..Melebihi dari org yg tak tahu tu..Letak hanya ALLAH dan RASULULLAH di hati, InsyAllah, pasti terubat hati kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...