Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 3, 2014

Saya tak setuju dengan dia.

Orang kata kalau banyak duit pun mati sorang2 juga..
Tapi tidak ke kalau tak ada duit mati sorang2 jugak?
Ada duit pun mati, tak ada duit pun mati..
Baik mati berduit, tak gitu?
Bukan materialistik.
Realiti.
Kehidupan sekarang banyak yg boleh di beli dengan duit.
Ada orang kata apa guna ada duit kalau dah sakit terlantar macam anak saya tu.
Astaqfirullah....
Masa sakit macam ni lah kita perlukan duit tau tak?
betul lah duit tak boleh beli kesihatan, tak boleh jadikan dia kembali pulih,
tapi duit boleh bagi dia khidmat kesihatan yg terbaik.
Boleh bayar untuk kos rawatan yang terbaik,
Boleh sediakan kemudahan dan keselesaan yg terbaik buat dia juga.
Tak ada benda free sekarang.
Percayalah, musim sekarang budi pun harus di bayar juga
kasih sayang pun perlukan duit..
Drama Bollywood boleh lah tonjolkan kelebihan budi berbanding dgn duit.
Tapi realiti nya tak begitu..
Sokong tak kalau saya kata kalau kita berduit lagi ramai orang yg nak berbudi?
Betul kan?
Pembantu rumah saya yg kerja dengan saya dulu (Pembantu harian) pernah berkata.
"Kalau orang kaya kahwinkan anak, hadiah penuh rumah, mahal2 lak tu..yg hulur sampul duit pulak bukan sepuluh ringgit, beratus ringgit dlm sampul tu, kalau saya kawinkan anak nanti, tak siapa nak bagi sebanyak tu.Kami yg miskin ni orang pun tak nak berbudi dengan kami."
Saya ingat kata kata dia tu.
Betul tu.
Sekarang bila anak saya sakit macam ni, saya terfikir jugak.
Kami telah sediakan kemudahan yg termampu buat kami.
Kami cuba bagi dia keselesaan dan enviroment yg terbaik.
Betul lah duit tidak boleh menyembuhkan,
tapi kalau tidak ada duit, macam mana lah keadaan dia sekarang...
Jadi nya wahai orang2 yg kata duit banyak pun tak guna bila sakit tu,
baik fikir 2 kali.
Kuasa duit ni hebat.
Sangat hebat.
Segala berbayar.
Kuasa
Cinta.
Kedudukan.
Nak kencing berak pun berbayar.
tapi kalau awak rasa duit tak penting gini saja lah,
bak sini duit awak tu...

3 comments:

ummi_khalish said...

assalam..salam ukhuwah..dil selalu bca blog ni..dil sokong n3 ni...ape2 skrg perlukn duit...xde duit,org pndang sebelah mata je...dah merasai keadaan sebegitu...huhuhuhu

mokja said...

Sangat sangar menyokong post GH yang ini.Tak ada duit semua tak menjadi..asyik tergigit bibir dgn gigi...last last mati..tu pun kena guna duit juga..

Bukan mata duitan
tapi ingat mengingatkan.
Cermat jimat senang masa depan
Kalau boros semacam
Jenuh kelepiaq orang mai tagih hutang..hihi.

cinta said...

setuju. itu realiti. jgn hipokrit ye dak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...