Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, June 24, 2014

Tunggu aku di seberang, aku ingin bersama mu di sana.

Ku kuak pintu kamar itu
Kau tenang, bungkam
Sekali sekala nafas mu bergetar di telinga ku
Diam lah anak ku,
Biarkan aku saja yg menghidu bau sakit mu,
Sudah lama sakit itu meresap ke setiap urat saraf ku,
Merasa perit derita mu,
Menelan pahit sisa usia mu
Kau sedutlah bau syurga yg bakal kau huni
Kau mimpikan lah bahagia abadi bersama Pencipta mu
Kau sabar lah anak,
Sakit ini sementara bagi mu
Tapi bagi ku,
Sakit bersama mu tak sepayah sakit rindu tanpa mu.
Ku tatap wajah mu setiap kali selesai solat,
Hati seorang ibu bagai diramas, di rentap..
Terbayang hari2 tanpa mu.
Terpaksa utk redha walau tidak rela
Tidak sanggup mengayam rindu sedangkan
Sekarang pun rindu sudah menjerat kerongkong.
Anak, aku doakan yg terbaik buat mu, demi kamu.
Semoga Tuhan bebaskan mu dari belenggu sakit ini
Sembuhlah dari sakit ini jika ini terbaik buat mu
Tapi jika kau lebih merindui syurga,
Dan kau dikembalikan ke pangkuan Nya
Aku seharusnya redha...
Terpaksa redha
Terpaksa cuba untuk redha.
Astaqfirullah..
Tau,
Aku terpaksa mengalah kerana kau adalah amanah,
Aku seharusnya berterima kasih kerana Tuhan telah meminjamkan mu
untuk ku sayangi biar sekejap cuma
Seharusnya begitu,
tau begitu
tapi masih terasa 'terpaksa' itu
Anak,
Tadi,
di birai katil mu ku tebarkan sedu sedan.
Entah kenapa naluri seorang ibu mengundang tangis ku.
Mungkin kerana malam tadi dalam mimpi...
Aku berdayung sampan tanpa mu..
Kau di seberang sana, melambaikan selamat tinggal..
Jangan anak,
Aku belum bersedia..
Kelam rasa dunia.
Bila terjaga aku berpaling ke arah kamu ..
Anak, aku masih belum bersedia untuk kehilangan mu...
Mampukah aku melepaskan mu jika suatu hari begitu lah ketentuan dari Nya........

3 comments:

QASEH said...

salam teacher hani.. air mata menitis selepas baca entry ni. sue doakan yang terbaik untuk teacher hani, sis Ja dan family. semoga ada keajaiban menanti.. insyaallah.

makcu B said...

Ambo tak jumpa tissu sbb rumoh kube-lana.

Anonymous said...

salam puan, berat sggh dugaan dan kesedihan puan. senang mulut utk berbicara tp tiada kata lain yg dapat sy ucapkan selain dari bersabar... sy berdoa dan berharap akan terbitnya sinar nanti, amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...