Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, June 19, 2014

Ubah lagi?

Sekejap letak tu kat sini
Sekejap alih letak belah sana
Sekejap heret kerusi susun begini
Sekejap tolak meja ke penjuru itu
Sekejap rasa susunsn begini lebih cantik
Sekejap begitu rasa semak
Gedegung gedegang gedegung gedegang...Dah!
Krung krang krung krang....Siap!
Puas.
Puas yg sementara.
Bermula bila mata terpandang kedudukan yg tidak menyenangkan
Mulalh tangan di pinggang, tenung tilik kawasan daerah taklukkan.
Nak ubah stail mana, otak ligat..
Orang lain kalau pun ada berdekatan mula lariiikkkkkkk...!
Takut kena kerahan tenaga lh tu..
Tak per, sorang2 pun saya mampu buat.
Semangat.
Malam nanti belum tidur mula lah cari minyak urut.
Sakit pinggang lh, sakit lutut lh...
Esuk2 buat lagi...
Kalau harta benda tu boleh bercakap, saya rasa mereka akan minta ampun...
" Dah la wei....kami penat kena usung, kena tarik dan tolak, dah longgar segenap screw dan sambungan...
Awak tak de kerja lain ke? Tolonggg lahhhh"
Ayat yg last tu bukan perabot yg cakap tapi makluk Allah yg cakap.
Ayat polis nak saman orang tuh!

2 comments:

DYatie said...

Hehehhe. Akak rajin. Yatie setakat ni xpernah buat susun atur kak. Mungkin xda barang kot. Hihi.

Ros said...

assalammualaikum..
tu ciri2 seorang ID..nanti bersara bolehlah jadi ID..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...