Apa yang nak saya luah ni akan membuatkan ada orang marah.
Nanti adalah yang akan kata saya ni merapu. Meraban.
Ada lah yang rasa nak ketuk dahi saya.
Mungkin juga ada yang anggap saya bodoh.
Tak kira, tak kisah....
Saya nak luah juga sebab dah lama saya pendam.
Entah kenapa akhir akhir ni saya rasa nak menyendiri
Sebab nya?
Sebab makin saya cuba untuk berada dalam group.
Semakin saya rasa tersisih.
Bila saya cuba masuk kandang lembu tapi saya tak reti nak menguah
Kalau saya masuk kandang kambing pun saya tak mampu mengembek seperti kambing2 lain.
Tapi saya bukan nak join haiwan2 tu, buat hapa kannn.
Ni pasal group kawan2 lama dan baru.
Group wassup.
Sekarang ni kan musim semua orang ada group..
Saya pun ada join group wassup.
Group wassup adalah sekumpulan orang yg pernah hadir dalam sejarah kita.
Ada juga orang yg masih hadir dlm kehidupan hari ni.
Kira macam ahli mesyuarat tingkap gitu.
Saya cuba join group2 kawan2 lama dam kawan baru saya.
Makin lama makin saya rasa saya tak dapat kejar langkah mereka.
Saya tak dapat blend in dgn mereka.
Dah cuba tapi dah rasa semakin terkebelakang.
Seharusnya saya harus sedar diri.
Saya tak serupa mereka jadi macam mana saya nak join mereka.
Mereka orang yg bertuah, bahagia menapak di usia tua.
Poket mereka penuh, masa mereka sentiasa terluang.
The sky is the limit bagi mereka.
Sedangkan saya?
Saya terikat kaki tangan dgn tugas dan tanggung jawap yg tak berkesudahan.
Jam saya berputar lebih laju dari mereka.
Cerita duka saya hanya merosakkan mood ceria mereka.
Amat tidak pantas untuk saya terus cuba menari di lantai yg sama dengan mereka.
Lantai saya berjongkang jongket, lantai mereka dari baldu biru.
Semakin saya cuba semakin bertambah rasa rendah diri saya.
Tu pasal lah.
Kerana malu pada diri sendiri lah maka acap kali terlintas di kepala,
kenapa saya masih teruskan hubungan2 yg sebegitu..
Perlukah saya ada di situ?
Layak kah saya ?
Tak malu kah saya?
Kadang kadang bila terasa diri seperti lalat yg hinggap tanpa diundang, terbang tanpa di suruh, saya hampir2 saja tekan butang ' left group'.
Tapi sentiasa tak mampu buat begitu kerana saya sayangkan mereka.
Kalau pun mereka tak perlukan saya,
Saya masih perlukan sokongan moral mereka.
Maka makcik2 yg di hormati sekelian, dengar sini...
Saya bukan tak nak berkawan, kawan tetap kawan.
Cuma sekali sekala otak bodoh ni stress.
Mulalah fikir macam2, bukan2...
Anggap lah saya ni bayu yg menyentuh pipi.
Terasa ada tapi tak nampak di mata...
Tetap ada sentiasa.
1 comment:
Hani .... don't u dare to leave our wa group. Kami cari ke lubang cacing tau .... 😙😙😙
Post a Comment