Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, December 14, 2016

Selain takwim dan kalender yg gantung kat dinding, nilai matawang terkini pun kena papar jugak.

Singgah gerai jual barang basah.
Beli ayam sekor..rm14.50
Sayur dan yg sewaktu dgn nya... rm11
Santan...rm8
Bwg besar dan sedikit rempah ratus.. rm7
Buah ....rm9
Roti.. rm3.50
Total rm53.
TOTAL RM53?
Betul lah awak...53 hingget.
Sekeping duit biru dan 3 keping duit biru yg saiz s..
Duit merah dan jingga tak membantu kalau hanya ada sekeping dua.
Kalau kurang dari rm50 dlm purse, toksah berangan nak singgah menyinggah.
Menakutkan betul la kos sara hidup sekarang ni.
Mail si penjual ayam pun dah pandai ulas pasal mata wang.
Hamboi Mail, entah betul entah tidak maklumat yg awak sebar tuh
Betul ke tidak, yg pasti kubis yang rm4.50 sekilo dah jadi rm6 sekilo.
( Ye ke Mail ni...ke pandai2 awak buat cerita Siam Golok tu naik kan rega sayur)
Takyah makan kubis, tak yah makan sayur.
Tak yah nak kuruskan badan.
Gajah makan sayur pun gemuk jugak.
Ok ok, berbalik pasal harga barang.
Tu baru singgah kat gerai tepi jalan.
Belum ke pasar lagi.
Belum ke pasaraya lagi
Belum ke shooping mall yg serba mak nenek ada lagi.
Tapi nak ubat hati kita anggap lah kita masih bertuah.
Syukur masih aman.
Mahal pun ada yg nak di makan.
Belum kebuluran lagi.
Think positive.
Always.
Masaalah nya, poket dah hampir negative.
Jap lagi saya tampal nilai ringgit kat white board tu.
Biar anak negeri tau jimat cermat.
Biar boss tau rm50 tu takat separuh bakul pasar jer nilai nya.
Boss....kasi up kan sikit duit dapor boleh?
Buleh la dehhhh.....







1 comment:

cinta said...

Mula2 buat list, lps tu konon2 tak dpt keluar beli brg dapur, bagi list kat bos minta tlg beli.

Lain kali baru boleh minta up duit dapur.

Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...