Berdiri depan cermin.
Apa yang saya lihat?
Seorang wanita yang gempal
Sudah menipis rambut nya
Rambut kehitaman makin byk yg bertukar putih.
Garis usia makin jelas di sekitar mata.
Dahi pun tidak selicin dulu
Wajah ini lukisan usia. Usia tua.
Aku kah itu, yang memerhatikan diri sendiri.
Dengan melihat wajah,
adakah dapat di teka apa yang bermain didalam kepala?
Pandangan mata yg lesu penanda aras himpunan duka
Bibir masih mampu buat buat senyum
Tapi senyum yang hilang perasa.
Kadang kadang wajah ini mengambarkan hati.
Kadang kadang wajah ini menipu diri sendiri.
Mata ini pernah menangis semau nya.
Pernah kekeringan air mata
Pipi ini pernah menadah tangisan
Masih terasa rasa pedih nya kecewa.
Bibir ini sudah penat cuba untuk mengambil hati
Sudah letih berusaha untuk disenangi
Sepatutnya aku mula diam bisu.
Biarkan saja dunia menghukum ku
Jatuhkan la hukuman apa saja
Aku tidak apa apa walau dinista manusia.
Allah ada. Sentiasa ada.
Aku masih berdiri di depan cermin.
Menilik realiti usia.
Cermin tidak pernah menipu.
Itu lah aku..
Kalau pun aku beli cermin lain, cermin baru..
Aku tetap nampak lama, usang bersawang.
Aku cuba hadiahkan senyum pada Sang Cermin.
Cuba jaga tahap manis senyum jangan sampai terlebih.
Dgn lirikan mata yg manja di buat buat..
Gagal. Tak cantik cantik juga kalau dah tua.
Dah tau akan gagal tapi seronok gak mencuba.
Mengusik cermin sebelum bayangan perempuan hodoh di dalam cermin itu
Menjerut leher ku..
Haduhhhh dah tua2 ni tak payah tgok cermin lah,
Senyum pun supo tiok,
Lesek lecu pun tak koho muda doh,
Janggok pun wak perabih ko bedok.
Sekian dulu buat hari ni.
Ulasan selari khas untuk diri sendiri.
By the way,
Apa benda saya mengarut merapu ni?
Apa kes?
Pengaruh musim hujan kot.
2 comments:
Che Honey masih kelihatan cantik di mata saya... :)
Saya sendiri pun sudah malas hendak tengok cermin kerana wajah dalam cermin itu seakan mengejek saya...
Hai awak cantiknya
Post a Comment