Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, December 9, 2016

Tikus baiki labu ..

Bagi orang lain mungkin small matter saja.
Tidak bagi saya.
Masaalah nih terutama yang tak berapa nak celik bab2 IT nih.
Ceritanya macam ni.
Semalam dah saya tak ada kerja sangat,
Saya bukak tab, tekan sana tekan sini,
Try buat gitu gini tanpa ada ilmu utk dijadikan panduan.
Ikut jer arahan pakcik google.
Ikut kata apa yg terpapar di skrin.
Tup tup
Hilang wassup dari pandangan mata saya.
Aik, kemana pulak pergi wassup nih?
Hilang ghaib dahhh...
Bila nak recover, pakcik ni mintak password.
Haah? Password? Mana ku tau!
Segalanya anak2 yg buat
Setting tab ni memang 100% kerja anak2.
Forgot password? Ya, forget.
Pandai2 buat password baru..
Pandai2 usik ...
Sekarang dah jadi makin rumit.
Nasib baik blog boleh buka.
Hari tu blog yg beronar.
Blog dah ok, wassup pula buat hal.
Sebenarnya bukan wassup buat hal, saya yg gatal tangan nak usik2.
Kan dah senyap sunyi dah...
Hari ni tak ada la bunyi preet preet..
Tak de lah sekejap jengok tab, sekejap senyum sorang2..
Padan muka aku lah.
Bila nak baik pulih masaalah wassup nih?
Tunggu anak balik dari bercuti.
Serahkan pada anak2..
Tolonggggg laaa balik cepat sikit.
Mummy kalau tak ada wassup,
macam kucing jatuh anak.
Macam ayam nak bertelur.
Maklum la hanya wassup penghubung mummy dgn dunia luar,
Penghubung mummy dgn sedara mara dan sahabat handai.
Orang lain takper, boleh keluar sana sini.
Saya kan terikat, kat sini, di ruang ini saja.
Haduhhh....pulangkan wassup saya.
Pulangkan lah...

1 comment:

mokjadeandell said...

hari tu saya pun pandai pandai usik sana sini.Hilang wassap. Rasa kelabu juga haritu sbb wassap dgn anak2 nak tgk cucu. Lagi pun food delivery guna wasaap.
Saya install balik app play store . Dari situ ada app wasap .Jenuh delete/ cuci cache kat setting . Baru boleh.
Bila org pencen x dak kerja baik tgk berita/diy/ motivasi dlm tenet dari dok merayau jaja cerita....hehe.Lawak aja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...