Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, December 22, 2016

Dia nak ke jadi banduan?

Rumah saya tepi penjara.
Pagi pagi jam 8.30 bunyi siren
Tanda banduan di bawa keluar dari penjara.
Mereka akan dibawa ke mahkamah.
Kadang2 penuh satu trak.
Kadang2 tak ramai.
Kadang2 saya terserempak dgn trak tu di simpang jalan.
Mereka berlalu di depan saya.
Saya perhatikan mereka.
Apa saja salah mereka itu saya tak tau.
Saya tak kata mereka jahat.
Biar mahkamah saja menentukan tahap jahat mereka.
Tapi entah kenapa, bila saya pandang mereka yg duduk di dalam trak berjeriji.
Hati rasa belas.
Manusia memang tidak sempurna.
Ramai yang lebih jahat di luar penjara tapi bernasib baik tak tertangkap saja.
Mereka yg dalam trak tu ada cerita tersendiri..
Entah kenapa mereka pilih jalan yang salah, hanya mereka yang tau.
Desakan hidup kah
Kesempitan hidup kah
Dendam kah
Putus asa kah....
Apa pun alasan mereka, tidak akan menghalalkan cara.
Biarlah mereka dgn dosa yg mereka cipta.
Pernah tak awak rasa ingin tau?
Siapa lah ibu yg melahirkan mereka?
Mereka bukan jahat dari bayi.
Dari rahim ibu mereka, lahirlah bayi yg suci bersih.
Tanpa dosa...
Bilakah mulanya dosa bergayut di badan?
Siapakah yg menjadikan langkah mereka songsang?
Salah ibu mengandung kah?
Didikan agama kurang kah?
Pengaruh persekitaran kah?
Berbagai persoalan berlegar di minda.
Siapa nak tolong jawap ni?
Kalau lah di beri peluang bertanya pada mereka,
Saya nak tanya satu saja.....
Sayang mak tak?
Ingat tak susah payah mak kandungkan kamu dan lahirkan kamu?
Ingat tak budi mak besarkan kamu?
Kesian mak kamu....
Sedih mak kamu...
Hukuman setimpal kesalahan kamu akan kamu hadapi.
Cukup masa kamu bebas juga nanti
Tapi luka di hati mak kamu tak akan dapat kamu ubati.
Mee moooo meeeee moooooo...
Ops terkejut saya lah.
Rupanya kat belakang kereta saya ada sebuah trak berjeriji lagi
Ada lagi banduan didalam nya.
Saya ketepikan kereta.
Laju trak berjeriji overtake kereta saya.
Penuh dosa yg dah dikenal pasti berhimpun di dalam nya.
Sedap ngata orang, kita bebas dosa kah?

Teringat kata2 yg pernah saya baca.

Betul kan?


4 comments:

Cikna said...

Tapi dlm tu masih ade yg xb'salah tp disabitkan b'salah...;-(

Kakcik Nur said...

Kita sendiri tahu tentang dosa kita tapi seboleh-bolehnya pasti ingin kita nafikan walaupun DIA tak pernah leka memerhati...

Granny Hani said...

Cikna, betul tu...Hanya Tuhan yg tau kebenaran nya..

Granny Hani said...

Kakcik Nur, sungguh laa...Dia tak pernah lupa memerhati dan malaikat tak pernah lupa mencatat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...