Bukak peti ais..Penuh!
Sendat dgn segala jenis rezeki.
Alhamdullilah.
Ada keropok lekor anak angkat yg bagi
Ada juga yg kawan lama bagi.
Ada kuih segera yg tamu bawa semalam
Ada macam2 kueh segera buah tangan dari tetamu2 yg dtg.
Ada ikan sungai yg pekerja hubby saya belikan
Ada rempah BBQ yg jiran buat promosi
Ada sayur segar yg CikMie baru kutip dari ladang
Ada puding raja yang Kakak saya masak sendiri
Ada sambal tumis segera yg MakSu bawa
Ada dough roti durian yg belum sempat nak bakar
Macam macam rezeki yg tiba di riba.
Tu belum kira rezeki utk bekalan di musim hujan nih.
Freezer sendat, cooler sendat...
Perut pun sendat.
Syukur kerana kita di hindari dari musibah kebuluran
Lapar tu pernah la tapi bukan betul2 lapar pun, lapar mata saja.
Kenyang adalah nikmat Tuhan yg kita acap terlupa.
Ingat nikmat kenyang hanya bila lapar.
Sebenarnya rezeki ni rezeki untuk di kongsi.
Kongsi makan ramai2 bila ada siapa2 berkunjung.
Yang memberi dapat pahala, kongsi pahala gitu.
Bila buka pintu peti ais,
Terasa alangkah bertuahnya bila ramai yg ingatkan saya.
Sentiasa ada buah tangan utk keluarga saya.
Ingatan tanda kasih sayang.
Sebagaimana kamu semua bermurah hati meletakkan kami dlm ingatan kamu,
Sebegitu lah rindu kami untuk berjumpa lagi dgn kamu di lain kali.
Kedatangan itu lebih membahagiakan, tak ada buah tangan pun tidak apa.
Janji dengan saya, kamu tidak lupa, tidak pernah lupa, tidak akan lupakan saya sekeluarga,
Sampai bila bila...
No comments:
Post a Comment