Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, December 1, 2016

Berkawan cara orang tua...

Kawan baru.
Baru kenal wajah, hati belum kenal lagi.
Bila sembang byk soalan cepumas,
Sebenarnya jawapan2 itu nanti akan mengambarkan hati dia.
Betul ke macam tu?
Sebagai mana saya x berapa tahu siapa dia sebenarnya,
dia juga x tau siapa saya sebenarnya.
Maka kita pun saling berteka teki, saling main agak2.
Seronok juga.
Saya tak kisah dia nak labelkan saya ni orang yg macammana.
Tak mengubah apa apa pun.
Lama kelamaan bila dah lama kenal, dia tau lah
Saya pun sebenarnya tak kisah dia siapa,
Asal dia ikhlas nak berkawan.
Asal dia tidak ganggu sempadan selesa saya.
Asal jgn ada udang ketam ikan yu dibalik batu dah.
Berkawan biar beribu ribu takpa..
Cuma bila buat baik tu berpada pada lah...
Buat jahat jgn sekali..
buat banyak kali tau!...ish, gurau jer.
Ahlan wasahlan kawan baru saya.
Semoga perkenalan kita membahagiakan kita.
Usia tua ini sudah singkat,
Ada orang sudi ngaku kita kawan dah cukup baik dah.
Tua2 ni jgn cari musuh pulak.
Kut mati tak sempat mintak maaf.
Orang muda kalau dapat kawan baru kongsi cerita pasal impian masa depan
Orang tua bila dpt kawan baru kongsi cerita anak cucu dan imbau kenangan zaman Jepun...
Tu beza nya.

2 comments:

Kakcik Nur said...

Kita berkawan bukan untuk dijadikan lawan...kan...kan...kannnn... :)

Granny Hani said...

Betul.tua2 ni tak larat nak gusti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...